Ramai orang keliru tentang pembiayaan ASB (Amanah Saham Bumiputera) ini satu pendapatan atau komitmen. Ini kerana ada orang yang mempunyai pembiayaan ASB ini telah menyebabkan pembiayaan perumahan mereka ditolak oleh pihak bank dalam situasi tertentu.

Pegang ini saja: Pembiayaan ASB adalah komitmen. Dividen ASB adalah pendapatan.

Betul, tidak dinafikan pembiayaan ASB adalah komitmen. Yalah, dah tiap-tiap bulan anda keluarkan duit ansuran bulanan. Anda boleh guna ASBF sebagai tools untuk kumpul 10% deposit rumah dengan cepat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda kena ingat, sebarang pembiayaan yang muncul dalam laporan CCRIS akan dikira sebagai komitmen dalam kiraan Debt Service Ratio (DSR).

Jika ASB Financing belum cukup setahun, ia akan dikira sebagai komitmen. Selepas setahun, barulah dikira sebagai pendapatan. Bergantung pada bank juga lah. Ada bank yang ambil 100% sebagai pendapatan dan ada juga bank yang ambil 80% saja sebagai pendapatan.

Banyak bank yang mesra pengguna pembiayaan ASB ini. Biasanya hanya bank yang menawarkan pembiayaan ASB akan mengira dividen ASB sebagai pendapatan selepas setahun pembiayaan ASB.

Antara bank yang menganggap pembiayaan ASB sebagai pendapatan selepas setahun ialah:
1. Maybank
2. BSN
3. RHB
4. CIMB: Dikira 80%
5. Bank Rakyat: Syaratnya mesti lepas 3 tahun, bawah 3 tahun dikira sebagai komitmen.
6. Bank Islam: Pendapatan dan komitmen bergantung kepada tempoh yang diambil.
7. Al-Rajhi
8. HSBC Amanah

Antara bank yang menganggap pembiayaan ASB sebagai komitmen ialah:
1. Affin Islamic
2. Public Bank

Senarai di atas hanyalah sebagai panduan asas. Anda boleh rujuk bank berkenaan untuk maklumat lanjut. Mungkin polisi pihak bank akan berubah dari semasa ke semasa.

Keadaan kewangan setiap orang berbeza. Yang penting ialah matlamat anda kena jelas dan bijak mengatur. Kalau hanya pembiayaan ASB RM50,000, mungkin tiada masalah. Jika pembiayaan ASB yang besar atau maksimum, kaji balik DSR anda itu ya.

ASB Financing sebenarnya melatih diri anda membayar balik ansuran bulanan dengan cun (baik) saja. Latih anda supaya boleh menyimpan dengan cara force saving. Ini ansuran kereta pun culas, bayar kadang-kadang saja.

Jika begitu keadaan anda, mana ada bank nak bagi pembiayaan perumahan selama 30-35 tahun pada anda. Hutang tersedia ada pun sudah rabak, dan barai nak bayar balik.

Di sini perlunya perancangan kewangan yang berkesan. Dah cukup deposit rumah, anda boleh tamatkan ASB Financing itu. Laporan CCRIS yang cun (cantik) dan juga deposit rumah sudah ada. Apa lagi pihak bank mahu?

Pastikan ASB Financing anda jenis pembiayaan Islamik. Tak ada lock in period ataupun penalti fees jika terminate awal. Seelok-eloknya takaful tempoh yang minima ataupun tidak ambil jika untuk pelaburan jangka pendek. Simple.

Nanti jika anda ingin memohon pembiayaan perumahan, selain payslip, anda boleh sediakan dividen ASB sebagai supporting income.

Jadi, jika anda nak beli rumah pada tahun 2017 dan nak buat pembiayaan ASB juga, bagi lepas pembiayaan perumahan dululah. Pembiayaan ASB ini senang saja nak lepas. Jangan buat pembiayaan perumahan dan ASB pada tahun yang sama. Lainlah kalau gaji anda sama banyak gaji Jusa C.

Dah hadam? Lepas ini anda janganlah asyik nak salahkan ASB Financing saja jika pembiayaan perumahan anda ditolak oleh pihak bank.

Sedar diri, anda itu pencinta hutang. Semua hutang anda bantai (ada). Hutang kereta, hutang peribadi, hutang PTPTN, hutang kad kredit, hutang Courts, hutang AEON, hutang member tak reti nak bayar. Kah!

Silakan share artikel ini untuk ramai lagi agar sama-sama dapat manfaat dan kesedaran bersama. Thanks.