Jika pada sebelum ini Siri cuma dikhaskan buat peranti iPhone dan Ipad, dan seterusnya disertakan pada peranti Apple Watch dan Apple TV. Pada tahun ini Apple nampaknya mahu memperluaskan lagi penggunaan Siri dengan menyertakan pada OS X.

dribbble

Berdasarkan beberapa laporan, Pihak Apple sedang mengusahakan penggunaan Siri pada OS X seawal 2012 lagi dan bakal dikeluarkan pada Jun 2016 ini pada versi OS X 10.12.

OS X 10.12 yang dijangkakan akan diberi nama ‘Fuji’ dijangkakan akan mendapat beberapa fungsi baru selain Siri. Pengguna juga boleh mengubahsuai penggunaan Siri berdasarkan keselesaan mereka serta beberapa fungsi shorcut untuk penggunaan Siri akan ditambah.

Beberapa fungsi baru akan ditambah pada OS X Fuji ini daripada OS X El Capitan. Pihak Apple juga mengesahkan perubahan yang dibuat pada OS X bukanlah perubahan yang besar seperti yang dilakukan pada OS X El Capitan sebelum ini.

Sumber