Apple baru-baru ini mengesahkan bahawa pihak mereka bakal menghalang penggunanya untuk mengambil sebarang gambar atau video ketika konsert. Dikatakan idea daripada Appple ini sudah lama di dalam rancangan mereka sejak dari tahun 2011 lagi.

Mungkin sekarang merupakan masa yang sesuai dengan penggunaan sensor daripada kamera iPhone. Apple juga kemungkinan bakal menghalang pengguna iphone daripada mengambil sebarang imej atau video ketika yang di ambil konsert.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut merupakan ilustrasi bagaimana teknologi yang akan Apple implemenkan.

Melalui implementasi ini, iPhone pengguna akan mendapat signal ‘warning’ atau terdapat ‘watermark’ yang menunjukkan Apple menghalang penggunanya untuk merakam ketika konsert.

Apple juga mengesahkan signal infrared bakal digunakan bagi mengesan keadaan sekeliling. Walaubagaimanapun, teknologi ini masih di peringkat awal dan tidak akan dikeluarkan pada masa terdekat ini. Harap teknologi ini tidak hadir dengan bug yang bakal mengganggu pengguna.