Ramai yang menyangka idea Apple untuk keluarkan telefon bermula sejak zaman milenium. Dalam pada itu, idea asal Apple untuk mengeluarkan telefon bermula sejak 1983 lagi. Ketika itu, Steve Jobs bukan lagi CEO bagi syarikat Apple.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

‘iPhone’ prototaip pertama ini masih tersimpan kemas di dalam Stanford University dimana Universiti ini juga telah mengumpul beberapa dokumen lama Apple.

Rekabentuk telefon ini telah diberi sentuhan Hartmut Esslinger. Designer yang sama yang menyempurnakan Apple IIc. Memandangkan ianya dihasilkan pada tahun 1983, kami berpendapat ‘‘iPhone’ prototaip ini boleh dikatakan sebagai agak futuristik pada ketika itu.

Apple nampaknya mahu menggabungkan sebuah telefon bersama komputer. Penggunaan touchscreen menggunakan stylus buatkan ‘iPhone’ ini tampak lebih moden. Fungsi yang ada padanya dilihat lebih memfokuskan kepada golongan business untuk penggunaan harian.

Selain ‘iPhone’ prototaip, tahukah anda Apple juga pernah bercadang untuk mengeluarkan ‘iPad’ lebih awal daripada syarikat lain? Walabagaimanapun, produk tersebut sekali lagi tidak dijual kepada pihak umum atas alasan tidak sempurna untuk penggunaan pengguna.

Kedua-dua model prototaip ini dihasilkan pada tahun yang sama iaitu 1983.

Sumber