Sungguh ironi apabila China selaku negara yang banyak menyumbang pada penjualan dan perkembangan Syarikat Apple mahu menghentikan jualan iPhone 6. Dan tahukah anda, masalah ini adalah disebabkan pihak China mengesahkan iPhone 6 meniru paten design telefon pintar keluaran negara mereka.

Ya, anda tidak silap baca. Dikatakan iPhone 6 mempunyai rekabentuk yang sama dengan telefon pintar 100C. Apa yang lebih mengejutkan syarikat telefon pintar China ini telah memenangi kes mahkamah. Mungkin atas sebab mununggu keputusan mahkamah, masalah ini berlarutan sehingga kini. Beberapa bulan sahaja lagi sebelum ini orang ramai mula membeli iPhone 7.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baili-100C-in-iPhone-copyright-case

Dikatakan telefon Baili 100C ini merupakan design yang di’ciplak’ Apple untuk model iPhone 6. Agak mengejutkan bukan?

Saya kurang pasti adakah Apple iPhone sengaja mengambil inisiatif untuk menggunakan rekabentuk yang hampir sama untuk model iPhone 6 atau sekadar kebetulan. Namun bagi pendapat saya, rekabentuk kedua-duanya tidaklah 100% sama sehinggakan perlu dihentikan jualan. Selain itu, pengeluar telefon pintar di China juga bukan pertama kali membuat telefon pintar yang meniru design iPhone.

maxresdefault

Setakat ini pihak Apple masih boleh melakukan rayuan dan masih belum ada kata putus untuk menghentikan jualan. Berdasarkan beberapa laporan, Apple Store di China masih menjual Apple iPhone 6 dan iPhone 6 Plus seperti biasa.  Beberapa dealer di China sudah mula tidak menjual iPhone 6 sebaliknya beralih kepada penjualan iPhone 6S.

Sama ada Pihak Apple akan terus menjual di China atau tidak sama-sama kita nantikan. Kemungkinan Apple akan menghentikan jualan iPhone 6 apabila iPhone 7 diumumkan tidak beberapa lama lagi.

1466108923-md-iphonechinalisting1

Pada pendapat anda, wajarkah Apple iPhone 6 diberhentikan jualan atas faktor penggunaan design Baili 100C? Oh ya, masalah yang menimpa Apple ini berlaku sebulan selepas pihak China berjaya mendapatkan hak untuk menggunakan perkataan ‘IPHONE’ pada beg duit keluaran mereka. Kali ini kami berpihak kepada #TeamApple untuk mendapatkan keadilan menjual di China.

Sumber