Khabar angin tentang Apple akan mengeluarkan MacBook Air 12 inci memang sudah lama kedengaran tapi sekarang nampaknya perkara itu seperti menjadi kenyataan berdasarkan laporan Mark Gurman dari 9to5Mac.

keyboardsilver-copy

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenapa kami cakap Macbook Air 12 inci ialah real? Ini kerana 9to5Mac antara laman web yang 90% memberi berita yang tepat. Dan laman web itu telah mendedahkan spesifikasi dan beberapa gambar render MacBook Air 12 inci yang mana akan dilancarkan pertengahan 2015. MacBook Air 12 ini memang sepenuhnya di redesigned. Sekali pandang kami sudah jatuh hati.

MacBook 12 inci ini lebih nipis dua kali ganda daripada model 11 inci sekarang dan mempunyai skrin yang sedikit lebar. Dilihat pada gambar render ini, Apple mereka bentuk keyboard hujung ke hujung dan bezels yang lebih kecil di sekeliling skrin MacBook Air 12 ini.

profilecompare-copy.0

Tapi, disebalik reka bentuk yang nipis, cantik ini pasti ada perkara yang dikorbankan. Apple mengambil keputusan untuk membuang segala fizikal input dan output dan hanya meninggalkan audio jack 3.5mm dan USB-C connector. USB-C connector ini boleh digunakan untuk mengecas dan pindah fail. Dalam erti kata lain boleh digunakan sebagai hub untuk menyambung dengan pelbagai adapter dan aksesori.

Seandainya MacBook Air 12 inci betul betul dilancarkan, sekali lagi Apple akan membuat perjudian apakah pengguna tidak kisah dengan ketiadaan port dan memilih reka bentuk yang minimal atau vice versa. Bagi kami, kami tidak berapa kisah tentang port tersebut memandangkan kita sedikit demi sedikit beralih ke dunia tanpa wayar.