Sudah hampir beberapa tahun kita tidak melihat rekaan baru pada Apple Macbook Pro. Lebih-lebih lagi apabila pihak Apple mahu menfokuskan kepada Apple Macbook. Sempena pelancaran Apple WWDC 2016 yang akan berlangsung tidak lama lagi, beberapa ura-ura telah diketahui termasuk rekaan baru bagi Apple Macbook Pro dan Apple iPhone 7.

Sebelum ini, diketahui Apple Macbook Pro bakal hadir dengan TouchID. Teknologi yang sama digunakan pada telefon pintar iPhone pada sebelum ini menjadikan Macbook Pro komputer riba pertama dengan imbasan cap jari di dalam sejarah komputer Apple.

macbook_pro_13inch_35440710_09

Jika anda sering mengikuti perkembangan teknologi Apple, pasti anda ketahui bagaimana Apple begitu obses dengan ‘thinner and lighter’ dimana Apple mahu setiap produk keluaran depa lebih nipis dan ringan pada setiap beberapa tahun sesuai dengan keselesaaan pengguna. Dijangka Apple Macbook Pro pada tahun ini juga bakal hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan.

Jika anda seorang pengguna Macbook Pro atau mahu mendapatkan Macbook Pro, cadangan saya, dapatkan model terbaru ini. Fungsi yang ditawarkan jauh lebih menarik berbanding model sedia ada.

screen-shot-2016-05-24-at-7-59-43-pm

Apple Macbook Pro juga dilaporkan bakal menggantikan kekunci function kepada skrin sesentuh OLED. Sesuatu yang baru untuk Apple eksperimen pada komputer riba keluaran mereka. Beberapa ura-ura lain seperti penggunaan Siri dan spesifikasi yang lebih mantap dijangkakan akan berlaku.

Apple Macbook Pro ketika ini telah berada di kelasnya yang tersendiri. Perubahan ini dijangka akan meningkatkan penjualan Apple Macbook Pro lebih lagi berbanding sebelum ini. Buat pengguna Macbook Pro, adakah anda menukar kepada Macbook Pro 2016 ini dengan penambahan fungsi terbaru?

Sumber