Setelah Tim Cook mengambil alih kerja sebagai CEO, Apple nampaknya semakin berminat untuk menambah cabang bisnes terbaru selain daripada menjual produk semata-semata.

Bermula dengan Apple Music kini mereka bakal melancarkan servis penstriman video tersendiri. Apatah lagi mengetahui servis-servis ini mempunyai demand yang tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memandangkan Netflix dan beberapa servis lain sudah berjaya menguasai industri ‘original series’, Apple nampaknya bakal memilih haluan yang sedikit berbeza.

Dikatakan konsep rancangan seumpama James Corden iaitu ‘Carpool Karaoke’ antara yang menjadi keutamaan buat Apple bagi mempopularkan lagi Apple Music. Berdasarkan idea yang dibentangkan Apple, kemungkinan pengguna bakal dihiburkan dengan kolaborasi para celebrity bersama aplikasi khas daripada Apple Store.

Rancangan Apple untuk melancarkan series khas buat para celebrity tampak lebih realistik setelah rancangan Vital Signs yang bakal dilakonkan Dr Dre dipilih sebagai Original TV Series pertama daripada Apple.

Menggabungkan fungsi penstriman video pada Apple Music pastinya bakal meningkatkan bilangan pengguna. Kami teruja untuk mengetahui adakah fungsi hadir secara serentak buat pelanggan Apple Music atau disediakan dengan langganan yang berasingan.