Apple WWDC 2016 telah mengumumkan WatchOS 3 untuk Apple Watch. WatchOS 3 dijangka akan beroperasi 7 kali lebih pantas berbanding sekarang. Pihak pembangun aplikasi turut mendapat akses kepada pemprograman tersebut untuk membangunkan aplikasi lebih menarik untuk Apple Watch.

Saya amat teruja kerana sebagai pengguna Apple Watch, banyak fungsi OS sekarang secara teorinya amat menarik namun praktikalitinya tidak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

WatchOS 3 terasa seperti menggunakan jam Apple yang baru.

Dengan WatchOS baru, aplikasi dilancarkan dengan serta merta dan lebih senang untuk diakses. Terdapat beberapa muka baru jam yang boleh dipilih, berkongsi aktiviti harian dengan rakan-rakan, aplikasi mesej yang lebih menarik dan penuh ekspresi.

Prestasi & Navigasi
Aplikasi dilancarkan serta merta dengan informasi terkini supaya anda dapat mencapai aplikasi yang dikehendaki dengan hanya menekan butang yang terletak di tepi jam.

Antaramuka Jam

watchOS3-02

Pilihan muka baru yang menarik dan cara baru untuk menukarnya. Kini anda boleh menukar muka jam dengan hanya swipe ke kiri atau ke kanan pada skrin jam supaya anda sentiasa mempunyai jam muka yang sesuai dengan apa saja yang anda sedang lakukan.

Perkongsian Aktiviti
Kongsikan status aktiviti dengan rakan dan keluarga untuk motivasi. Hantar notifikasi anda kepada mereka apabila amda telah siap bersenam atau memperoleh pencapaian yang diidam-idamkan. Anda juga boleh menghantar mesej untuk memberikan galakan atau sebaliknya.

Senaman
Ada lebih 5 metrik senaman – jarak, kadar, kalori aktif, kadar degupan jantung dan masa berlalu. Semua dapat dilihat pada masa yang sama, tanpa perlu swipe skrin.

Mesej

watchOS3-03

Naiktaraf paparan mesej baru menjadikan mesej lebih menarik dengan kebolehan menjawab mesej dengan tulisan sendiri atau melakar huruf pada skrin yang boleh bertukar kepada teks. Dengan ini, anda boleh menghantar dan menjawab mesej di Apple Watch anda dengan lebih cepat.

Saya tidak sabar menantikan kedatangannya pada musim luruh ini!