Kalau ada satu siri spin-off khas untuk Darth Vader, idea untuk mash-up dua franchise filem ini pastinya sangat hebat! Artis disebalik lukisan konsep ini, Guillem H. Pongiluppi merupakan peminat tegar franchise filem Star Wars dan Aliens.

“Askar-askar 501st Legion: Vader’s Fist yang gagah berani dari Empire ke planet tidak berpenghuni LV-426 dan mereka terpaksa bertempur dengan makhluk-makhluk besar di planet ini. Setiap askar 501 Legion tidak takut dengan mereka dan raksasa ini juga tidak mahu mengalah,” terang Guillem berkenaan konsep lukisan beliau ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun lukisan konsep ini dilukis oleh Guillem pada tahun 2015, nampaknya disebabkan Rogue One: A Star Wars Story, karya beliau ini menjadi perhatian. Manalah tahu tiba-tiba Disney sukakan konsep filem ini dan jadikannya kenyataan? Saya pastinya orang pertama tonton filem ini di pawagam! Anda boleh lihat karya-karya awesome Guillem di sini.

Sumber