Jika UK berwaspada dengan isu European Union (EU) dan seterusnya mengambil langkah yang perlu, sebenarnya Malaysia juga patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan Asean Union yang digagaskan semula pada tahun 2015.

Kesatuan Asean secara rasminya di tubuhkan pada 1967 pada asalnya ialah untuk mengelakkan persengketaan. Negara-negara Asean baharu sahaja merdeka dan perlu memfokuskan kepada perkembangan ekonomi dan pertumbuhan sosial.

BACA: Kisah Cerai BREXIT Dan Kahwin Paksa ASEAN

Sasaran tersebut akan dapat dicapai jika tiada persengketaan merebut sempadan dan peluasan perairan. Oleh itu, satu mekanisma negosiasi serta penyatuan kekuatan pertahanan di wujudkan melalui penubuhan Asean.

Fasa seterusnya ialah untuk perkembangan ekonomi dan pertumbuhan sosial. Kekuatan Asean jika digabungkan lebih USD2.8 trillion nominal GDP, kedudukan ketujuh dunia selepas USA, China, Jepun, Jerman, UK dan Perancis.

Manakala tenaga kerja yang boleh digunapakai juga sangat tinggi dengan anggaran 625 juta penduduk (8.8% dari penduduk dunia).

Antara gagasan lain Asean Union ialah free movement untuk penduduk dan tenaga kerja, tiada kawalan visa diperlukan.

Itu adalah konsep. Secara realiti, perbezaan ekonomi, sosio-budaya serta latar belakang pendidikan amatlah ketara antara negara-negara Asean. Usah dibandingkan perbezaan Singapura dan Myanmar. Bandingkan antara Malaysia dengan Singapura pun sudah cukup untuk melihat jurang pendapatan serta purchasing power terlibat.

Bagi kes sosial, jika free movement di realisasikan, maka orang-orang Myanmar, Indonesia, Vietnam, Laos dan Cambodia boleh datang untuk bekerja dan menetap di Malaysia tanpa sekatan. Adakah perkara yang sama akan berlaku kepada rakyat Malaysia?

Perkongsian fasiliti sosial bermaksud kesesakan hidup orang tempatan. Kebanjiran penduduk dengan latar belakang sosial berbeza akan menimbulkan persengketaan. Kesempitan ekonomi akan meningkatkan kadar jenayah.

Masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sekarang sudah bermula walaupun Asean Union belum dilaksanakan. Bayangkan jika ia betul-betul berlaku.

Saya menulis dari aspek sosial. Lupakan dahulu potensi ekonomi yang dilihat di atas kertas. Konsep Kesan Titisan Ke Bawah yang diajarkan dalam buku teks ekonomi tidak berlaku secara meluas dalam dunia nyata.

Disebabkan kesedaran dan ketakutan masalah sosial mendatang itulah Brexit direalisasikan. Umpama masalah rakyat Malaysia yang terpaksa bersaing dengan bangsa asing dalam sektor pekerjaan, perniagaan malah rimas dengan kebanjiran bangsa asing yang tidak peka dan tidak menghormati budaya tempatan. Begitu juga situasi di UK yang semakin sesak dengan kebanjiran penduduk dari negara-negara Eastern Europe.

Baiklah, berbalik kepada isu setempat dan realiti. Jadi, apakah Exit Plan kita?

Sepatutnya ekonomi Malaysia berkembang secara diagonal. Ada automated sector dan semi-automated sector yang bidang pekerjaannnya dipenuhi oleh orang-orang tempatan.

Manakala intensive labour pula diisi oleh pekerja asing. Selepas 2-3 tahun, mereka akan dihantar pulang dan digantikan pula dengan batch lain. Itu konsep di atas kertas, bagi mengelakkan asimilasi dan perkembangan populasi.

Tetapi keadaan sekarang sudah tidak terkawal dan tidak mungkin dapat dibasmi disebabkan masalah pentadbiran dan dasar. Apa yang boleh di lakukan ialah meningkatkan kekuatan ekonomi sendiri melalui beberapa cara:

1. Active income
2. Business income
3. Passive income
4. Portfolio income

Jika rakyat di negara maju sanggp membelanjakan 20% dari pendapatan tahunan mereka untuk menghadiri kelas, seminar, bengkel dan sebagainya bagi menambah ilmu, bagaimana dengan orang kita?

Salam hormat.

Tuan Penjejakx adalah pelabur pasaran derivatif sepenuh masa. Beliau mengadakan kelas pelaburan dari semasa ke semasa.

BACA: Bagaimana Negara China Menceroboh Malaysia Secara Diam