January 5, 2017 10:47 AM

DI Las Vegas Nevada, sedang berlangsung Consumer Electronics Show (CES) dan ASUS nampaknya bermula garang tahun ini. Mereka memperkenalkan model terbaru, ASUS ZenFone AR yang dikatakan bakal memberi saingan kepada telefon pintar yang sedia ada di pasaran.

Telefon 5.7inch ini akan dikuasakan Android Marshmallow, boleh membuat rakaman video 4K, mempunyai paparan 1440 x 2560, processor Qualcomm Snapdragon 821 dan 8GB RAM! Menarik tentang telefon ini adalah telefon ini nanti bakal mempunyai Tango, sebuah software yang membolehkan pengguna mengakses virtual reality (VR) dan augmented reality (AR). Ramai yang masih belum tahu apa itu Tango tetapi anda boleh lihat video di bawah untuk mengetahui serba sedikit apa itu Tango. Secara umumnya, ianya adalah sistem 3D-mapping terbaru yang menafsirkan dunia maya kepada dunia sebenar. Macam dunia permainan Pokemon GO cuma lebih details.

Tetapi apa yang menjadi perhatian adalah ASUS berkata ZenFone AR ini boleh hasilkan gambar sebesar 92-megapixel ‘Super-resolution’ di mana 4 gambar 23-megapixel akan dirakam menggunakan sensor kamera 23MP (Sony IMX318) dan telefon pintar ini akan gabungkannya menjadi satu gambar sebesar 92-megapixel. Sebagai perbandingan, Camera DSLR Canon EOS 5DS R merakam gambar sebesar 50.6-megapixel.

Tiada demo tentang bagaimana gambar 94-megapixel itu dapat dihasilkan dan elefon pintar ini dijangka berada di pasaran pertengahan tahun ini. Anda boleh layan details berkenaan ASUS ZenFone AR ini dahulu pada video di bawah. Kalau benar telefon ini sehebat apa yang dikhabarkan, memang iPhone dan telefon Android lain jauh kena tinggal.

Artikel Berkaitan