Beberapa bulan yang lalu, seorang bapa telah datang ke StartUp saya di MaGIC semasa saya masih lagi based di sana setiap hari.

Buat masa sekarang saya terpaksa berkuli sebentar di tempat lain. Jadi, jika ada kawan-kawan ke MaGIC pada hari bekerja, saya tiada di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berbalik kepada kisah bapa tadi, beliau seorang jurutera yang mahu anak lelakinya belajar programming, hacking, robotics, drone building, IoT, arduino dan raspberry pi, 3D printing dan apa saja berkaitan IT (teknologi maklumat) dan kejuruteraan.

Beliau berkata anaknya berminat bidang-bidang tersebut dan mahu anaknya yang berusia 18 tahun menjadi intern di tempat kami.

Pada minggu berikutnya, datanglah remaja tersebut ke MaGIC. Saya sudah sediakan drone dan kit Arduino saya untuk dipamerkan dan juga beberapa framework untuk pembinaan mobile apps dan game.

Setelah berborak dengan remaja tersebut beberapa minit, saya menyedari setiap ayatnya bermula dengan:

“Ayah nak saya belajar …”
“Ayah suka kalau saya …”
“Ayah suruh …”

Pattern ayat-ayat percakapan remaja tersebut bukan milik dirinya. Dia hanya parotting apa yang Ayah dia nak dengar sahaja.

When you break that pattern, barulah minat sebenar diberitahu.

Saya pun tanya, “Apa yang AWAK suka? Boleh beritahu apa AWAK suka, yang bukan sebab Ayah awak suruh …?”

Dia jawab, “Puan, saya suka melukis. Saya suka lukis anime, komik. Lukis tangan. Saya tak minat semua benda-benda komputer dan tech ni sebenarnya…”

Selepas itu saya beritahu dia tentang laman web beberapa buah syarikat yang memerlukan seorang pelukis dengan harapan dia boleh cuba di situ.

Kemudian, saya hubungi bapanya dan meminta maaf kerana StartUp kami tidak dapat mengambil anaknya sebagai intern.

Pengajaran dari kisah ini ialah:

You cannot force passion, especially if it’s your own… this applies to both parents and companies.

“Minat itu tidak boleh dipaksa keatas orang lain… terutamanya jika minat itu kepunyaan anda sendiri.”

Anak Puan Lina di depan MaGIC
Anak Puan Lina di depan MaGIC

That’s why if anyone asks, your son dah belajar programming ke?

I will say not yet because nak dia cultivate minat dia sendiri and right now he seems to love writing and drawing. He writes very well.