Bosan dengan rekaan backpack sedia ada? Sudah tiba masanya anda memberanikan diri mencuba sesuatu yang baharu pula. Tidak tahu mahu rasa kagum atau tidak, sekarang ini tengah trending sungguh tentang backpack lipas dan topik ini sedang hangat dibincangkan di forum dan media sosial.

Pada mulanya saya sangkakan rekaan backpack ini hanyalah gimik semata, tetapi ternyata ia sebenarnya memang sedia dijual. Buat pencinta serangga ini berita baik untuk anda, anda kini boleh dapatkan backpack ini pada harga RM168.87 di laman web Rakuten.

Dikatakan, backpack lipas ini diinspirasikan daripada backpack jenama Kafka yang mana sebelum ini pernah mengeluarkan backpack berbentuk kumbang, namun rekaan backpack berbentuk lipas ini kelihatan lebih realistik. Kepada mereka yang takut dengan lipas saya yakin anda pasti tidak sanggup menggalasnya!

Soalannya, ada ke yang berani guna backpack ini semasa travel?

BACA: Tampil Unik Dan Lebih Bergaya Dengan Rekaan ‘Beg Buku’ Yang Awesome ini