Ini merupakan pengalaman yang cukup mahal dan tak mungkin dilupakan. Satu pengalaman yang sangat mencabar sepanjang pengembaraan saya. Tidak pernah lagi saya alami perasaan sebegini.

Seperti yang anda lihat di laman Instagram The Vocket, tahun ini kami sudah terbang ke beberapa destinasi bermula dari Singapura, Indonesia, China, Korea, Norway , New Zealand dan Thailand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum berakhirnya tahun 2016, saya memilih Negara Pakistan, Afghanistan dan India sebagai lokasi seterusnya. Namun terpaksa membatalkan hasrat ke Pakistan disebabkan masalah Visa. Jadi saya teruskan sahaja langkah menjejak bumi India dan Afghanistan.

Baca juga: Apa Yang Saya Pelajari Setelah Gagal Mendapatkan Visa Pakistan

go

21 Oktober 2016 adalah tarikh di mana waktu itu penerbangan saya dari India ke Malaysia, tetapi sedikit ralat berlaku. Saya ditahan oleh pihak imigresen India sebelum di hantar ke Malaysia pada 22 Oktober 2016.

Saya kongsikan cerita ini kepada anda supaya boleh dimanfaatkan bersama dan apa yang boleh dilakukan jika situasi ini berlaku kepada anda. Harus diketahui, di Afghanistan saya memilih untuk menginap di rumah orang tempatan sepanjang berada di sana.

Perjalanan bermula dari Malaysia ke India, dan mengambil penerbangan ke Afghanistan pada ke esokkan harinya. Dari Afghanistan saya kembali semula ke India dan menetap selama 4 hari sebelum pulang ke Malaysia.

Tanggapan pulang ke Malaysia pada 21 Oktober ternyata silap, saya ditahan selama 24 jam oleh pihak keselamatan India. Ini mungkin kerana perjalanan saya ke Afghanistan dan kembali ke India 2 kali sebelum pulang ke Malaysia.

disyak-taliban

Saya di tahan dan di soal siasat oleh unit ‘Special Branch’ bahagian New Delhi kerana disyaki terlibat dengan Taliban. Tidak cukup dengan itu saya di tuduh sebagai perisik golongan VVIP Afghanistan pula. Ini mungkin disebabkan rakan saya di Afghanistan merupakan seorang business man golongan korporat dan cukup dikenali di sana.

Afghanistan dan isu pengganas seperti ISIS dan Taliban memang cukup popular, di India mereka mengambil semua ini dengan sangat serius. Saya diminta beri keterangan dan ditahan selama 4 jam di lapangan terbang New Delhi dan dibawa ke cawangan unit khas New Delhi.

Di pejabat cawangan unit khas di New Delhi sekali lagi saya di soal siasat dan di minta beri keterangan. Kali ini lebih serius, bermula dari 8 pagi hingga 4.30 petang. Cukup lama dan membosankan.

afghanistan

Saya dibaling bertubi-tubi dengan soalan yang sama, di antara soalan yang diajukan.

1- Kenapa Ke Afghanistan?
2- Kenapa Masuk Ke India?
3- Bagaimana Dapat Kenalan Di Afghanistan?
4- Kenapa Ke Jalalabad, Afghanistan? (Jalalabad merupakan tempat yang dilabelkan sebagai kawasan panas dan sering berlakunya serangan dari Taliban)
5- Ke Mana Pergi Di India?
6- Di Mana Menginap Di India?

Dan banyak lagi soalan-soalan yang lain. Berkali-kali saya cuba terangkan yang saya ke Afghanistan dan India hanyalah untuk travel semata-mata tanpa ada niat lain.

Jawapan saya tidak memuaskan pihak mereka, kali ini mereka minta saya serahkan semua akaun sosial berserta password seperti email, Facebook, Twitter, Couchsurfing dan laptop saya pula dihantar ke bahagian Cyber Forensic.

Itu tidak termasuk lagi nombor telefon, nama kenalan yang saya catat di buku nota. Kebetulan pula telefon saya diragut di Afghanistan, jadi mereka ambil apa yang ada sahaja.

Baca juga: Diragut Ketika Travel Ke Afghanistan, Ini Apa Anda Perlu Lakukan Untuk Keselamatan

afghanistan-x-vocket

Semua jawapan yang saya berikan seolah-olah tidak laku di mata mereka, lebih mendebarkan apabila saya lihat semua orang memegang fail bertulis ‘ New Delhi Police, Special Branch’.

Ada juga saya minta untuk hubungi kedutaan Malaysia di New Delhi, namun langsung tidak dihiraukan. Resah di hati akhirnya semakin pudar setelah mereka bertanya apa pekerjaan saya.

Saya katakan saya bekerja sebagai editor di sebuah laman web di Malaysia, dan menulis artikel-artikel berkaitan travel, inspirasi dan kreatif. Kemudian saya tunjukkan contoh-contoh artikel yang saya tulis ketika berada di Afghanistan, saat ini mereka mula menunjukkan respon yang positif.

Laman web thevocket.com kemudiannya di teliti dan saya disuruh untuk masuk ke dalam pejabat yang lain. Satu jam selepas itu akhirnya mereka bersetuju untuk menghantar saya pulang ke Malaysia pada jam 11 malam.

Saya tidak salahkan pihak India, ini tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan negara mereka. Sempat juga mereka bergurau, jika datang ke India lagi mereka akan sambut saya dan siap bentangkan karpet merah lagi. Hahahaha.

Terima kasih kepada pihak kerajaan India kerana belikan tiket baru, layanan VVIP, iring dengan bodyguard sampai saya duduk dalam kapal terbang dan beri makan yang sedap-sedap. Baik juga mereka ni sebenarnya.

Terima kasih juga kepada kedutaan Malaysia di Oman, Arab Saudi dan New Delhi kerana menganggu waktu tidur anda dalam membantu  saya. Mereka memang ambil berat betul soal keselamatan rakyat Malaysia di luar negara. Tidak lupa juga kepada semua kenalan yang bersusah payah membantu, anda memang awesome!.

Situasi seperti ini memang tidak dijangka boleh terjadi, jika anda berhadapan dengan perkara sebegini apa yang patut anda lakukan?

1. Tenang Sahaja, biasanya paling lama mereka akan tahan selama 24-48 jam sahaja. Itu pun jika anda didapati tidak bersalah.

2. Jawab dengan jujur dan jangan menipu. Jawapan yang mengelirukan boleh buat anda terperangkap dengan masalah yang lebih besar.

3. Penting untuk tahu alamat kedutaan Malaysia di negara yang anda pergi. Boleh juga maklumkan kepada mereka tentang jadual perjalanan anda seperti tempoh, masa, destinasi yang ingin dikunjungi di negara tersebut, apa yang anda lakukan di sana menerusi email. Ini sebagai persediaan awal.

Lampirkan juga butiran lengkap seperti salinan passport, tiket penerbangan, salinan kad pengenalan. Jika ada apa-apa berlaku ini memudahkan kerja mereka.

4. Maklumkan juga jadual perjalanan anda kepada orang yang dipercayai seperti keluarga atau sahabat anda. Ini mungkin boleh membantu juga.

5. Ambil tahu sedikit sebanyak tentang undang-undang dan peraturan negara yang anda mahu pergi, terutama dalam hal-hal sensitif.

Jangan risau, ini perkara normal dan bukan masalah besar. Saya sebenarnya sudah jangka perkara ini akan berlaku dan berkemungkinan akan ditahan ketika masuk ke Afghanistan, cuma tidak jangka akan berlaku di India ketika mahu pulang ke Malaysia.

Paling mengejutkan saya sebenarnya telah di ikut dengan rapat oleh mereka, setiap tempat yang saya pergi, nama hotel semua mereka tahu. Siap tunjukkan gambar dari cctv lagi.

Betul kata orang tua, jauh berjalan luas pengalaman.