Ramadan 2014. London.

“Are you sure you’re okay with walking?” Beliau bertanya. Risau barangkali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Don’t worry. I’m fine.” Jawab saya senyum.

Bulan puasa. Sahur jam 2.30 pagi. Berbuka 9.30 malam. Matahari bersinar 18 jam. Siang yang panjang adalah waktu paling sesuai untuk ukur jalan. Kami berjalan dari Oxford Street sampai ke Piccadily Circus.

Jalan lagi sampai Westminster Bridge. Boleh tahan jauh. Dan sepanjang jalan beliau tak henti henti bertanya. Adakah saya okay. Lagi lagi apabila tahu saya berpuasa, beliau serba salah. Namun kami jalan juga. Pusing kedai. Shopping barang. Tengok orang.

Adelle. Sahabat saya di UK. Orang putih. Bukan Islam. Rambut blonde. Tapi baik hati. Sopan. Penuh adab. Menghormati. Bertoleransi. Sensitif pada persekitaran.

“You can eat first, Adelle.” Pelawa saya bila kami singgah makan di sebuah restoran Jepun. Ada lagi 20 minit sebelum tiba waktu berbuka.

“It’s okay. Let’s wait.” Katanya sopan. Kemudian memberitahu kepada pelayan kedai bahawa kami menunggu waktu berbuka.

Saya. Insan kerdil, kecil, mentah, muda dimuliakan di bandar London yang gagah, berprestij, maju dan tua.
Hari itu saya sedar, saya perlu lebih baik dari Adelle. Memuliakan sesiapa sahaja walau apa pun agama dan anutan mereka.

Sekilas saya teringat papan iklan di dinding bas double decker yang merah saga. “SubhanAllah”. Besar. Biru. Bertulis cantik dengan slogan ‘Gather the rewards of Ramadan’. Dan orang orang bukan Islam di sana sempoi je tak melatah.

Try tampal “Hallelujah” dengan lambang salib kat pintu LRT kita, mahu roboh stesen dikerjakan pejuang pejuang agama.

Pesanlah pada diri, untuk dimuliakan kita perlu memuliakan. Untuk dihormati kita perlu menghormati. Untuk difahami kita perlu memahami.

Semoga keISLAMan kita tidak sekadar tertulis di dalam IC.