Bagaimana aku bermula?

Secara jujurnya, tinggal berdekatan dengan Rimbun Dahan Turtle Hatchery ini bukanlah satu bonus bagi aku kerana aku langsung tidak tahu menahu mengenai kewujudan pusat pemuliharaan penyu ini.

Ia bermula bila aku menerima kunjungan seorang rakan yang dikenali melalui aplikasi Couchsurfing, dimana Tarn telah buat satu ‘request’ untuk menginap bersama aku di Kemaman sebelum beliau mengayuh basikal ke Dungun, Terengganu.

Tarn berusia 54 tahun dan sedang melakukan kembara berbasikal daripada Singapura dan dijangka akan berakhir di Bangkok.

sukarelawan-penyu-7

sukarelawan-penyu-16

sukarelawan-penyu-15

sukarelawan-penyu-14

sukarelawan-penyu-13

sukarelawan-penyu-12

sukarelawan-penyu-11

Kurang pendedahan atau tiada kesedaran?

“Kita mahu melihat telur penyu berada di dalam pasir, bukan berada di dalam kuali.”

Paksu

Inisiatif ini adalah satu usaha yang dijalankan oleh individu yang dikenali sebagai Pak Su. Penyu akan mendarat di pantai di sekitar penghujung Mac sehingga September.

Telur penyu yang dibeli dengan harga RM 2.50 sebiji ini diperolehi daripada orang kampung yang menunggu penyu itu semasa proses penyu bertelur. Dianggarkan sekitar 25, 000 telur penyu telah dibeli pada tahun ini hasil daripada dana persendirian dan sumbangan beberapa pihak.

Ditambah pula apabila berbicara bersama Pak Su, Helen dan Nissa, mereka menyatakan masih belum pernah ada sukarelawan dari Malaysia atau orang Melayu sendiri yang hadir ke pusat ini untuk program pembersihan kawasan sarang telur penyu ditetaskan.

Ini sudah cukup untuk buat aku rasa sangat malu. Bagaimana aku boleh hanya berdiam diri sedangkan ada insan lain yang sedang berusaha mempertahankan habitat laut yang hampir terancam ini? Atau aku hanya akan menutup mata dan memekakkan telinga semata mata?

Apa yang aku lakukan?

Bermula dengan satu post gambar di Facebook, ramai yang bertanya dan ingin melibatkan diri untuk turut serta melakukan aktiviti kesukarelawanan di sini. Aku memulakan pencarian sukarelawan melalui halaman Persatuaan Kebajikan Bakti Syabab Semalaysia, satu badan NGO yang diketuai oleh aku sendiri.

Alhamdulilah, seramai 20 orang sukarelawan telah hadir pada hari pertama dan 7 orang pada hari kedua.

Proses pembersihan kawasan penetasan penyu hendaklah dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan semut dan serangga yang akan merosakkan telur penyu jika ditanam pada masa akan datang.

Telur yang ditanam sedalam hampir 2 kaki hendaklah digali semula, untuk membuang kulit telur dan bancian bilangan telur yang rosak dan tidak menetas. Nampak macam mudah kan? Cuba try! Termengah-mengah jugak. Hahaha.

Setelah selesai proses pembersihan, kami melepaskan anak penyu yang baru menetas ke pantai. Masa ni, tidak boleh digambarkan dengan kata-kata perasaan aku apabila melihat anak penyu merangkak keluar dari pasir.

Dan kami pula menyanyikan lagu “Happy Birthday” sebagai tanda melihat dunia yang akan memberi cabaran besar kepada mereka.

Sewaktu melepaskan anak penyu ke laut, aku rasa satu tanggungjawab telah terlepas dari bahu. Aku doakan agar anak-anak penyu ini pula akan pulang ke sini dalam tempoh 15 tahun kelak untuk bertelur.

sukarelawan-penyu-9

sukarelawan-penyu-8

sukarelawan-penyu-6  sukarelawan-penyu-5

sukarelawan-penyu-4

sukarelawan-penyu-3

sukarelawan-penyu-2

sukarelawan-penyu-1

Ingin menjadi sebahagian daripada sukarelawan?

Kebiasaannya, sukarelawan diperlukan secara berkala. Tempoh proses menanam semula telur penyu dianggarkan pada bulan Mac sehingga September.

Dan proses pembersihan tapak penetasan sarang penyu pula dilakukan sekitar September sehingga November. Ia perlu dilakukan sebelum musim tengkujuh tiba.

Kepada yang ingin turut serta boleh menghubungi Pak Su sendiri ditalian 013-9064828.

Jangan risau. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit semangat dan kekuatan mental kerana kita perlukan tenaga untuk menggali lubang sedalam 2 kaki untuk mengeluarkan sisa-sisa telur penyu.

Tambahan lagi sikit, anda perlu tahan bau yang agak kurang menyenangkan akibat telur rosak, buruk dan berulat. Aku percaya kita kuat!

Fakta menarik tentang penyu

Penyu betina akan mengawan bersama 5 hingga 7 ekor penyu jantan, dan sperma yang terhasil mampu bertahan selama 4 tahun. Penyu bertelur 7-14 kali setahun, dan telur yang dihasilkan pula sekitar 70 sehingga 140 biji setiap kali bertelur.

Penyu akan membuat sarang bertelur 2-3 kali bagi mengelirukan pemangsa sebelum bertelur di tempat yang dirasakan paling selamat.

Proses mengambus badan dilakukan terlebih dahulu sebelum kaki belakang akan menggali lubang untuk bertelur. Penggalian dilakukan sehingga kaki belakang tidak lagi dapat mencapai pasir.

 

Anak penyu paling sesuai dilepaskan pada waktu senja kerana pemangsa seperti burung helang dan ikan besar kurang aktif pada waktu itu. Cengkerang bawah penyu yang putih memberi tarikan kepada pemangsa di dalam air.

Waktu tengah hari yang panas boleh menyebabkan kaki anak penyu melecur apabila proses turun ke laut melalui pantai. Pakar menyatakan daripada 1000 anak penyu yang dilepaskan, sekitar 1 sehingga 2 ekor sahaja yang akan bertahan dan menjadi penyu dewasa. Jadi Say No to Turtle Eggs!

Marilah kita sama-sama menjaga kelestariaan alam sekitar supaya legasi penyu kekal terpelihara. Jangan buang sampah ke dalam pantai, kerana penyu akan menganggap plastik itu adalah obor-obor dan memakannya. Jangan menggangu penyu yang sedang bertelur, dan mengambil telur untuk kepentingan peribadi.

Melihat keindahan alam merupakan satu anugerah. Kehidupan kita di muka bumi saling berhubung kait. Kadang mereka perlukan kita, kadang kita juga memerlukan mereka.

Tidak salah kita menabur bakti walau mereka hanya seekor penyu. Apa yang kita mahukan generasi akan datang boleh melihat penyu di depan mata bukan hanya gambar dari cariaan internet semata mata.

“Kita mahu generasi akan datang melihat penyu dengan mata bukan melalui gambar sahaja.”  – Helen

Say No to turtle eggs. Let spread the awareness! Jika bukan kita, siapa? Jika bukan sekarang, bila?

Baca lagi: 5 Tip Pertama Kali Tinggal Dengan Couchsurfing Sewaktu Travel