Kali ini aku akan terangkan sedikit sebanyak bagaimana aku dapatkan kerja di negara luar ni.

Seperti mana yang kita ketahui, sebagai pemegang passport Malaysia kita tidak dibenarkan untuk bekerja di luar negara tanpa permit. Jadi mohon lah permit secara sah kalau nak kerja luar negara.

Ramai ejen yang tawarkan kerja di luar negara seperti di Korea, Australia dan UK. Korang boleh bayar dekat ejen untuk carikan kerja untuk korang.

Tapi ingat. Risikonya amat besar. Kemungkinan untuk ditipu agak tinggi. Kalau ditipu pon korang boleh buat apa? Dah bagitau awal-awal kan kalau nak kerja mohon permit.

So, risk it for the biscuit. Sesiapa sahaja boleh jadi ejen sebenarnya. Beware.

1. Bagi aku, aku lebih kepada exchange job atau pun volunteer work. Ini apa yang aku pernah buat di Jepun dan di Estonia sekarang.

2. Exchange job ni pun haram juga sebenarnya sebab korang tidak dibenarkan untuk bekerja tanpa visa. Tapi pandai-pandai lah nak hidup.

3. Bagi aku, exchange job ni banyak membantu bagi setup base dan bagi perkenalan dengan local village atau pun local people sekitar. Tapi diingatkan, kebiasaannya exchange job ni korang tak akan dibayar.

4. Korang akan kerja 4 ke 5 jam sehari dan sebagai balasannya akan diberikan tempat tinggal dan makanan kadang-kadang. Ianya lebih kepada kerja free.

Mungkin ramai bagi kita yang akan kata “habis kerja buat apa kalau tak dibayar gaji”.

Ini cara aku so suka hati aku la. Jadi aku tak perlu bayar tempat tinggal dan makan aku untuk discover sesuatu tempat ketika travel.

5. Kadang-kadang, kalau rezeki baik, kau akan jumpa owner yang baik yang akan bawak kau jalan-jalan tunjuk kawasan sekitar, pergi beraktivi bersama seperti memancing, mendaki dan sebagainya.

Kalau nak hidup kena pandai. Selepas lama sikit kerja free kau pandai-pandai lah bodek owner. Mintak gaji dengan kerja lebih masa ke apa.

Kalau engkau tu bodoh, kau kerja lah sebagai volunteer 2 bulan tanpa gaji.

Baca: Ini Rahsia Bagaimana Saya Menginap Secara Percuma Sewaktu Travel Di Jepun

working-holiday-di-lithuania-13

working-holiday-di-lithuania-1
Tolong repair bumbung hostel
working-holiday-di-lithuania-2
Kerja-kerja di dapur

working-holiday-di-lithuania-3

working-holiday-di-lithuania-4
Kerja berkebun dan tanam sayur.
working-holiday-di-lithuania-5
Bagi makan kat ayam
working-holiday-di-lithuania-6
Kerja mencuci cadar, sarung bantal di guesthouse.
working-holiday-di-lithuania-7
Make up the bed for tourist.
working-holiday-di-lithuania-8
Cleaning sauna
working-holiday-di-lithuania-9
Play with the dog
working-holiday-di-lithuania-10
Languages practices with the kiddos and play with them.
working-holiday-di-lithuania-12
Tempat tidur yang disediakan.

working-holiday-di-lithuania-11

Prangli Island, Estonia. 30km dari pusat bandar Tallinn. Pulau kecil yang hanya ada penduduk 150 orang, tetapi agak masyur dengan local tourist yang datang for cycling, island tour, party dan camping. Overall work is just like 4-5 hour per a day. Flexible time. Dikelilingi Laut Baltic. Laut yang mempunyai ketumpatan garam yang rendah. Tak masin.

6. Banyak website yang menawarkan volunteer work di luar negara ni seperti WORKAWAY, WWOFING & HELPX. Bergantung lah pada korang nak atau pun tak nak je.

7. Volunteer works ni merangkumi pelbagai aspek seperti buruh kasar, kerja ladang, guru, babysitter, hostel dan lain-lain.

Kalau di Eropah, pada musim panas dia orang akan bercuti selama 2-3 bulan. Jadi ramai pelajar yang mengambil inisiatif ini bagi menimba pengalaman kerja dan bercuti di tempat orang.

8. Kalau nak tinggal tempat orang dan bekerja, pertama sekali adalah kena buang sifat malu dan haruslah berani. Berani untuk menghadapi apa jua cabaran.

9. Ada peluang untuk make money just grab it. Kamu juga mesti berani untuk bertanya tentang kerja kosong kalau lah tak dapat melalui volunteer work.

10. Jangan memilih kerja. Kalau ada je peluang untuk kerja sektor kilang, ladang atau apa-apa pergi je.

Sijil korang tak laku kat sini kalau nak tampal atas dahi nak pilih kerja. Bila korang lalui semua ni baru lah korang akan tahu perasaan Bangla, Indon yang datang meninggalkan anak bini di kampung bagi mencari rezeki di tempat kita. They earn my respect.

11. Pergaulan dengan foreigner atau asylum juga amat penting di luar negara bagi mendapatkan kerja.

Situasi dia macam ni. Anggaplah engkau ni bukan pemegang passport Malaysia, datang ke Malaysia nak travel sambil bekerja. Macam mana caranya?

Tak kan la kau nak pergi masuk dalam 7 Eleven kemudian tanya “bang, ada kerja kosong tak?”

12. Cara tu dah betul tapi bukan pada convenient store macam ni. Kalau nak main hentam keromo boleh pergi cuba kedai runcit kecil-kecil.

Kebiasaan pertama sekali kau kena ada base dahulu. Base tu adalah tempat tidur, tempat berak lah bagi 3-7 days.

13. Lepas tu cari informasi tentang tempat mana yang ramai foreigner like Middle East, black people, Asia dan yang mana-mana lah korang tengok sebagai bukan warganegara.

Selepas dapatkan informasi semua tempat, kau pergi lah melawat tempat tu selalu.

14. Katakan lah korang jumpa Pakistan kerja kedai phone di Malaysia, cubalah borak-borak dengan dia. Kemudian jumpa lagi Nigeria jual baju uptown, cuba borak-borak lagi korek info dia macam mana lubang kerja tu.

Kalau nasib kau baik, dia akan share lubang kerja untuk korang. Tapi kalau nasib tak baik banyak lagi peluang yang ada. Pintu tu banyak.

15. Cuma kita yang harus pilih. Tapi kalau kita asyik tenung pintu yang dah tertutup buat kita sahaja tanpa menghiraukan pintu-pintu yang lain maka kita termasuk di dalam golongan manusia yang kerugian.

16. Bila bekerja di tempat orang harus diingatkan bahawasanya hujan itu sentiasa ada. Cuma cara korang atasi tu macam mana je. Satu je pesanan ringkas dari penaja, bersiap sedialah untuk ditipu.

Ini hanyalah pendapat aku. Nak travel tak perlu kaya, cuma hati kena kering menghadapi segala kemungkinan.

Baca lagi: 9 Bulan Di New Zealand, Ini 12 Tip Memohon ‘Working Holiday Visa’ Di Sana