Mengetahui sesebuah syarikat startup berjaya mengutip dana sehingga jutaan ringgit bukanlah sesuatu yang baru. Malah, trend syarikat startup memperoleh dana ini dilihat meningkat sejak beberapa tahun ini lebih-lebih lagi pada syarikat teknologi.

My 1st Years nampaknya mengambil pendekatan berbeza dan perkara ini telah menarik perhatian kami. Sesuai dengan namanya, syarikat ini berbisnes dengan menjual hadiah atau pakaian khas buat bayi. Simpel bukan? Dalam pada itu sepanjang 8 tahun penubuhan, syarikat ini berjaya mengutip dana sebanyak RM27 Juta Ringgit.

Bagaimana My 1st Years tampil berbeza

Apa yang membezakan My 1st Years berbanding syarikat-syarikat pakaian bayi yang lain adalah My 1st Years lebih memfokuskan kepada e-commerce khas buat penduduk di UK.  Menggunakan konsep NikeID sebagai unique selling point, syarikat ini berjaya mencuri perhatian prospek dimana para pembeli mampu customize atau meletakkan nama bayi pada pakaian yang dipilih.

Sudah lah unik, penghataran yang cepat dan harga yang berpatutan antara yang menjadi keutamaan buat syarikat ini. Tidak hairanlah My 1st Years berjaya menunjukkan perkembangan yang positif sejak mula diperkenalkan.

Mengkaji pelanggan

Pengasas My 1st Years

My 1st Years turut mengkaji bilangan prospek sebelum mula melancarkan produk mereka. Mengetahui tabiat ibubapa di UK yang berbelanja besar untuk barangan bayi serta bilangan prospek yang ramai, syarikat ini berjaya merangka strategi untuk memperluaskan perniagaan mereka.

Trend mendapatkan barangan custom made di kalangan pengguna UK juga nampaknya meningkat dari tahun ke tahun dan hal ini telah membuatkan My 1st Years digemari ramai. Menjadi yang terawal, tampil unik dan mengkaji pelanggan sebelum melancarkan produk telah menjadi resepi buat My 1st Years terus berjaya.

Mengeluarkan tudung bawal atau shawl dengan label sendiri mungkin sudah banyak di dalam negara kita. Tidak dinafikan prospeknya juga ramai. Dalam pada itu, buat anda yang ingin mencari kelainan dalam bisnes anda, mengolah semula atau tiruvasi idea My 1st Years mungkin merupakan bisnes yang fresh untuk pasaran negara kita.

Sumber