Titik pulangan modal ialah satu tahap di mana bilangan pengeluaran menghasilkan jumlah hasil jualan sama banyak dengan jumlah kos. Ini bermakna bilangan pengeluaran itu tidak beri apa-apa keuntungan atau kerugian. Dalam kata lain, untung adalah kosong.

Apabila situasi ini berlaku, jumlah hasil jualan hanya dapat menampung jumlah kos pengeluaran sahaja. Maka, pihak pengurusan dan pengeluaran perlu memahami analisis ini agar syarikat dapat membuat perancangan sehingga dapat memperolehi keuntungan yang diingini sambil menjaga kos-kos yang terlibat.

Menurut Cikgu Sila, guru prinsip akaun di blognya, ada 5 andaian yang perlu dibuat dalam analisis titik pulangan modal iaitu:

1. Beberapa andaian perlu dibuat dalam analisis ini iaitu;
2. Jumlah kos terdiri daripada kos tetap dan kos berubah.
3. Perubahandalam hasil dan kos hanya berlaku disebabkan perubahan dalam bilangan unit produk yang dijual.
4. Harga jualan seunit, kos berubah seunit dan kos tetap adalah malar.
5. Hanya sejenis produk dikeluarkan dan kesemuanya dijual.

Perihal ini diterangkan dengan baik oleh admin Keusahawan Lestari di Facebook Page mereka. Cara pengiraan untuk tahu sebanyak mana jualan yang harus dibuat untuk mendapat balik modal bergantung kepada harga jualan, kos berubah, kos tetap dan jenis barang atau perkhidmatan yang dijual.

Sebagai contoh: Perniagaan tudung

a. Kos tetap seperti gaji pekerja, sewa dan berbelanjaan mengurus yang lain = RM 30,000 sebulan.
b. Harga jual setiap tudung = RM 40
c. Kos berubah seperti kos tudung, bungkusan dan penghantaran = RM 25.

Sebelum kita mengira titik pulangan modal, kita kena tahu margin sumbangan bagi setiap jualan. Ini merupakan harga jualan selepas ditolak kos berubah.

Tidak semua kos jualan dikira kos berubah. Contohnya, jika jualan memerlukan penghantaran dan ini dilakukan menggunakan van yang dibeli secara tunai, kos susutnilai van adalah tetap dan tidak dipengaruhi oleh jumlah jualan.

Margin sumbangan = RM 40 (harga) – RM 25 (kos berubah) = RM 15/helai tudung.

Titik pulangan modal boleh dikira dengan membahagi kos tetap dengan margin keuntungan. Di dalam contoh ini:

RM 30,000 dibahagi RM 15 = 2,000 unit tudung.

Menentukan kuantiti jualan bagi mencapai sasaran untung yang dikehendaki dengan menggunakan rumus ini:

Kuantiti Jualan = Kos Tetap + Untung Sasaran

Moga artikel ini beri kefahaman kepada anda tentang titik pulangan modal bisnes anda.