Memang benar apa yang dijangka. Produk Louis Vuitton X Supreme ini harganya pastinya menggila. Yang paling menarik perhatian adalah bagasi ini yang bewarna merah dengan logo Supreme di hadapannya.

Jadi berapa harga bagasi ini? Ianya akan dijual pada harga USD68,500 (RM303 Ribu) ! Ya, itu harganya. Dua kali ganda dari harga bagasi jenis ini yang biasa. Letak logo Supreme, harganya meningkat naik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk beg carrier skateboard pula akan dijual pada harga USD54,500 (RM241 ribu). Ini buatkan saya terfikir ada tak orang kaya yang akan beli beg carrier skateboard ini? Tetapi saya pasti akan ada sahaja orang yang beli bagasi ini nanti.

https://www.instagram.com/p/BPeEL7bAYO5/

David Beckham adalah selebriti yang sudah memberi sokongan kepada koleksi ini. Beckham sudah menyarung mafla kolaborasi Louis Vuitton X Supreme ini dan koleksi penuh cuma akan keluar 17 Julai tahun ini. Jika anda peminat tegar Supreme, ada 6 bulan lagi untuk anda kumpul wang dan beli koleksi ini. Rasa-rasanya mampu untuk beli keychain koleksi ini sahaja.