Damn Balenciaga, back at it again with the weird bag! Seperti yang kami pernah tulis sebelum ini, Balenciaga tahu bagaimana untuk orang bercakap mengenai jenama mereka.

Sebelum ini, mereka mengeluarkan beg yang mengambil inspirasi dari beg pasar malam. Kini mereka kembali menjadi sebutan apabila menjadikan beg toto Narita pula sebagai inspirasi untuk salah satu beg untuk musim terbaru ini. Kalau anda masih simpan beg toto ini, jangan buang kerana ianya akan menjadi in dalam masa terdekat.

naritaaa

Creative director Balenciaga, Demna Gvasalia memang seorang yang kreatif. Walaupun beg ini mungkin tidak terlalu praktikal digunakan untuk kegiatan harian, tetapi orang ramai dan peminat fesyen sudah mula bercakap dan memberi tumpuan kepada rekaan musim terbaru Balenciaga ini.

Mungkin ini adalah salah satu strategi beliau untuk orang bercakap berkenaan koleksi terbarunya bersama Balenciaga? Jika itu yang dirancangnya dari awal, Demna memang seorang yang genius. Beliau berjaya dengan jayanya. Amran Fans pasti bangga beg toto Narita favourite beliau kini telah menjadi tumpuan dunia.

toto-2

toto-3

toto-4

toto-5

BACA : Beg Pasar Malam Jenama Balenciaga Ini Dijual Pada Harga RM40 Ribu

Sumber