Sesuatu yang jarang dilakukan oleh Pihak Apple dimana mereka mengumumkan dua program melibatkan baikpulih iPhone di dalam jangka masa seminggu. Salah satu daripadanya adalah program penukaran bateri iPhone 6s secara percuma.

Dikatakan masalah ini berpunca daripada bateri yang digunakan Apple dimana beberapa model iPhone 6s yang dihasilkan pada September dan Oktober 2016 mengalami masalah auto shutdown atau mati secara sendiri. Berdasarkan laporan hanya segelintir iPhone 6s yang terlibat dengan masalah ini.

iphone_6s_review_20

Buat anda yang mempunyai masalah mempunyai iPhone 6s dan mempunyai masalah yang sama, Apple akan mengganti bateri baru secara percuma dengan syarat iPhone 6s anda haruslah diperbuat daripada September 2016 sehingga Oktober 2016.

Pihak Apple juga menasihatkan buat pengguna untuk membuat backup data serta menutup setting Find my iPhone sebelum digantikan dengan bateri baru. Masalah-masalah melibatkan skrin retak haruslah diganti terlebih dahulu dan akan dikenakan cas. Buat anda yang sudah membayar sebelum ini untuk cas penukaran bateri, jangan risau, Apple bakal mengganti semula wang anda.

vnuuuyeouc3dblpp-1

Selain itu, Apple turut menawarkan program gantian skrin iPhone 6 Plus yang mengalami masalah ‘display flickering issue’. Memandang masalah ini kemungkinan besar berpunca daripada hentakan daripada pengguna sendiri, kos gantian tidak akan ditanggung sebaliknya ditawarkan dengan harga RM629 sahaja.

Sumber