Filem Desolasi merupakan antara filem tempatan yang banyak menggunakan teknik Visual Effects (VFX) / CGI.

Berikut merupakan antara gambaran sebelum dan selepas teknik CGI digunapakai seperti mana yang telah didedahkan oleh Dinie Shuhaimie bagi filem ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Dihasilkan oleh Team Viper Studios Sdn Bhd.

2. Proses mengambil masa hampir 2 tahun termasuk proses pre-pro, production dan post production.

3. Secara keseluruhannya terdapat 570 shot.

4. Separuh daripada keseluruhan shot mempunyai elemen 3D.

5. Scene KL kosong semuanya adalah menggunakan VFX.

6. Team produksi hanya tutup sebahagian jalan pada kadar waktu sekejap saja untuk bagi ruang kepada pelakon.

7. Makin Syamsul muncul, makin ramai orang muncul. Haha.

8. Bagi scene KL  kelihatan kosong tanpa penghuni, pihak produksi  menggunakan teknik ‘cleanup’ (paint, rotoscope, mapping,3D). Sangat susah sebab terlalu ramai orang sehingga tak cukup data untuk dikumpul. Makin banyak kamera bergerak, makin susah nak kumpul data.

Baca: Dua Faktor Ini Kekuatan Desolasi Selepas Aku Menontonnya Di Sesi ‘Pre-Screening’

9. Scene dalam penjara dan bilik gerudi antara paling lama untuk render. Ada shot mengambil masa selama 14 jam satu frame. Satu saat ada 24 frame. Kalau satu minit?

10. Dinie turut berterima kasih kepada pihak Finas kerana memberi bantuan dana demi menaikkan VFX dalam Malaysia.

11. Cabaran utama bagi team produksi adalah bilangan shot jauh melebihi tenaga kerja. Jadi mereka tak dapat nak fokus satu persatu untuk hasil yang sempurna sepenuhnya.

12. Dan yang mengejutkan, bagi hasil kerja sebegini rupanya ia dihasilkan oleh tenaga kerja seramai 20 orang sahaja.

Kami akui hasil kami tidak sehebat filem Hollywood. Diorang beribu-ribu orang tenaga kerja, kami tak sampai 20 orang pun. Mesti ada juga yang tak sempurna.

Kami berharap penonton dapat terima hasil kerja kami dan sokong kami. Maaf sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan hasil kerja kami ini. Sekiranya ada peluang dapat lebih kewangan, tenaga kerja, hardware power, dan masa yang cukup, mungkin kami boleh buat jauh lagi baik – Dinie.

Baca lagi: Ini 11 Perkara Yang Dapat Saya Huraikan Selepas Menonton Filem Desolasi