1. Pasangan sah saman JAWI

Tindakan menyerbu secara melulu tanpa usul perikasa yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI) pada 8 Januari lalu dianggap satu tindakan biadap. Mohd Ridhuan Giman, 34, dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, berkata tindakan ke atas Jawi itu kerana melakukan penangkapan dan penahanan secara salah, pencerobohan diri serta privasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, Jawi didakwa turut melakukan penyalahgunaan kuasa penjawat awam dan perlanggaran kebebasan asasi di bawah Perlembagaan persekutuan. Pasangan suami isteri tersebut kini sedang di dalam proses menfailkan tindakan undang-undang kepada JAWI.

Sumber laporan

2. Himpunan RUU 355

Ribuan individu berpakaian unggu kini membajiri Padang Merbok bagi menyertai Himpunan Rang Undang-Undang (RUU 355) hari ini. Himpunan kali ini turut dihadiri pelbagai lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan agama bagi menyatakan sokongan terhadap RUU 355.

Antara mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan; serta Ketua Dewan Ulama PAS pusat, Datuk Dr Mahfudz Mohamad.

Sumber laporan

3. BoBoiBoy tembus pasaran antarabangsa

Karya animasi Malaysia BoBoiBoy The Movie semakin maju kehadapan, terkini animasi tersebut akan ditayangkan di Korea Selatan bermula pada 3 Mac ini. Paling mengujakan, dijangka 100 pawagam yang terlibat dan ianya turut sedia dialih bahasa kepada bahasa Korea.

Tonton trailer BoBoiBoy versi bahasa Korea di sini.

Vocket

4. Bas JDT kena simbah cat

Ini bukan kali pertama kes ini berlaku, terutama melibatkan pengangkutan rasmi pemain bola sepak negara. Yang terbaru, dua buah bas Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi menjadi mangsa vandalisma dengan disimbahi cat.

Kejadian berlaku di kawasan letak kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) No 5, Sungai Senam, Ipoh. Dipercayai dilakukan oleh dua orang lelaki menunggang motosikal, bagaimanapun suspek tidak dapat dikenal pasti.

Sumber laporan

5. Terkini: Senari 8 remaja maut berbasikal dikenal pasti

Lapan remaja berbasikal yang maut akibat dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Tengah, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, awal pagi tadi sudah dikenal pasti. Kemalangan berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi akibat dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 22 tahun, 8 orang maut manakala 6 lagi cedera.

1. Muhammad Firdauz Danish M. Azahar, 16, (Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Damai Jaya.

2. Mohammad Azrie Danish Zulkefli, 14, (SMK Tan Sri Mohamad Rahmat)

3. Haizad Kasrin, 16, (SMK Permas Jaya)

4. Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14, (SMK Tan Sri Mohamad Rahmat)

5. Fauzan Halmijah, 13, (SMK Desa Cemerlang)

6. Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee, 15, (SMK Dato Abdul Rahman Yasin)

7. Mohamad Azhar Amir, 16, (SMK Permas Jaya)

8. Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14, (Sekolah Menengah Agama (Swasta)
Pasir Gudang).

Sumber laporan