1. Sultan Johor nafi larangan keluar malam

Selepas tragedi yang melibatkan 8 penunggang basikal maut dirempuh kereta, viral satu kenyataan yang kononnya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melarang rakyatnya berusia 18 tahun ke bawah berkeliaran tanpa pengawasan orang dewasa selepas jam 10 malam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu kenyataan yang dibuat di Facebook, baginda sekerasnya menolak kenyataan palsu tersebut.

“Harap maklum bahawa pihak istana tidak mengeluarkan arahan tersebut,” petik kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Johor.

Sumber laporan

2. Kes Valet Doa, buat laporan polis jika rasa tertipu

Selepas servis Valet Doa menjadi topik yang begitu hangat dibincangkan rakyat Malaysia, Ketua Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Khalil Azlan Chik berkata, berhubung kes ini pihaknya membenarkan laporan begitu dengan mengambil kira kesan buruknya kepada masyarakat.

Dalam masa yang sama, polis menjelaskan bahawa pihaknya memberi tumpuan kepada jenayah yang beri kesan kepada masyarakat seperti skim cepat kaya, pelaburan haram, penipuan jenayah komersil termasuk ceti haram, along dan penipuan Internet. Bagaimanapun, setakat ini polis masih belum menerima apa-apa laporan berhubung itu.

“Jadi bagi kes Valet Doa ini, jika ada yang rasa tertipu, dia bayar kepada syarikat tetapi merasakan pihak syarikat tipu, dia boleh lapor (polis),” katanya pada Majlis Pelancaran Bulan Disiplin dan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putri Saadong, Bukit Marak, di sini, hari ini.

Sumber laporan

3. Pelajar Kolej Insaniah mati dalam tandas

Berita mengejutkan hari ini, salah seorang pelajar lelaki di Kolej Insaniah ditemui mati dalam tandas asrama. Mayat yang ditemui dipercayai mati dengan keadaan lehernya dililit kain pelikat yang diikat di saluran paip. Mangsa berumur 21 tahun berasal dari Kelantan.

Polis menyifatkan kematian ini sebagai kematian mengejut dan kes masih di dalam siasatan polis.

Sumber laporan

4. Video detik-detik pembunuhan Jong-Nam tersebar di internet

Berikutan kes kematian abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Nam mati dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sebuah video rakaman litar tetutup yang dimuat naik di laman sosial mula tersebar luas sejak ia disiarkan semalam.

Rakaman menunjukkan masa dibunuh oleh dua orang wanita dengan mencekik dan menekap muka dengan sesuatu. Pembunuh hanya mengambil masa sekitar 2 saat sahaja ketika melakukan serangan.

Tonton video dibawah:

https://www.youtube.com/watch?v=EoJ0AUJMvk8

Sumber laporan

5. PDRM buru pembunuh Jong-Nam

Maklumat terkini berhubung pembunuhan Jong-Nam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan sedang memburu 7 lelaki Korea Utara yang disyaki menjadi perancang utama dalam kes pembunuhan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

PDRM turut mengesahkan empat daripada kumpulan yang diburu itu sudah meninggalkan negara ini pada hari sama selepas Jong-nam dibunuh. Tiga lagi suspek utama kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara iaitu Kim Jong-un belum dapat dikesan kedudukan mereka.

Sumber laporan