1. Ular Sawa seberat 60 kilogram mati tersangkut

Penemuan yang sungguh mengejutkan bagi salah seorang pekerja pembersihan ketika beliau sedang bertugas di kawasan Taman Kulim Hi Tech  Fasa 2 apabila menemukan bangkai ular sawa batik yang mati tersangkut di satu saluran paip di kawasan perumahan itu.

Bau busuk membawa kepada penemuan itu dipercayai ular tersebut mati ketika cuba menyusup masuk ke saluran paip sebesar 12 sentimeter dan tersekat separuh badan kerana badannya besar. Bangkai ular sawa sepanjang 8 meter dengan berat 60 kilogram itu diangkat menggunakan jentolak ke dalam lori sampah untuk sebelum dibawa ke tempat pelupusan.

Sumber laporan

2. Wanita jadian dipenjara 8 bulan

Helak licik yang digunakan oleh seorang lelaki yang menyamar seperti wanita bertudung untuk melakukan jenayah curi dompet di dalam surau di kompleks beli-belah akhirnya tumpas dan berjaya ditangkap orang awam.

Tertuduh Mohamad Firdaus Abdullah,berumur 21 tahun dikenakan penjara selama 8 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas didapati mengaku bersalah. Kejadian berlaku di surau wanita tingkat 1, pusat beli-belah Sunway Pyramid, Bandar Sunway, di sini, pada 9.40 malam, 18 Februari lalu.

Sumber laporan

3.  Geng Ah Lai seludup ketum tumpas

Ops Laras di Kangar, Perlis berjaya tumpaskan Geng Ah Lai yang dipercayai kumpulan yang aktif dalam aktiviti penyeludupan ketum. Dalam serbuan itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan dan seorang warga Thailand.

Sebelum itu, tangkapan pertama adalah seorang lelaki di Kampung Wai, Kuala Perlis. Dalam serbuan di Kampung Wai polis turut menemui pistol revolver, 60 butir peluru hidup pelbagai jenis, tiga kelongsong peluru pelbagai jenis, gari dan buku lima

Sumber laporan

4. Video wanita ahli perniagaan ditembak mati

Dalam waktu puncak kesesakan jalan raya, 2 lelaki menaiki motosikal bertindak kejam degan dengan melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta mewah jenis BMW berwarna putih.

Mangsa merupakan seorang ahli perniagaan wanita, Ruby Lee Poh Ai, 50, yang ketika kejadian pada kira-kira pukul 5.45 petang hari ini sedang memandu bersendirian berhampiran Taman Pekaka 1, Sungai Dua di sini menuju Bukit Gambir. Mangsa ditembak lebih 11 das yang turut terkena kepalanya menyebabkannya mati di tempat kejadian.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=13&v=XQiMTfOpMa8

Sumber laporan

5. Pelajar mati ditikam

Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka Kampus Jasin yang sedang menjalani latihan praktikal di Ladang Teluk Sengat di sini ditemui mati dengan kesan tikaman dalam kawasan ladang berkenaan petang kelmarin.

Mayat Muhammad Azim Nazri Samsuddin, 21 tahun, ditemui oleh beberapa pekerja ladang yang mencarinya selepas mangsa dikatakan tidak pulang selepas membuat rondaan di ladang kelapa sawit itu sejak pukul 11 pagi.

Sumber laporan