1. Zeti Akhtar Aziz siasat kerugian Bank pusat

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam satu portal menyatakan beliau sedia bekerjasama untuk menyiasat kerugian tukaran asing yang berlaku pada bank pusat itu pada tahun 1990-an. Beliau turut memberitahu bahawa isu ini tidak pernah timbul sepanjang beliau memimpin bank pusat, dan Bank Negara mempunyai pengurusan risiko ketat dalam setiap urusan tanpa sebarang kompromi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Dalam Bank Negara, kes ini sudah dilihat selepas gabenor baru mengambil alih, bank pusat telah mewujudkan sistem dan amalan terbaik dan ini berterusan supaya Bank Negara mempunyai dan masih mempunyai pengurusan risiko ketat dan struktur tadbir urus supaya ia tidak berulang. Sebagai organisasi kami ambil semua langkah yang wajar dan diperlukan dan Bank Negara utuh sehingga kini,” kata beliau.

Sumber laporan

2. Pengarah Imigresen Perak terlibat rasuah

Harapkan pegar, pegar makan padi. Mungkin inilah simpulan bahasa yang tepat untuk mengambarkan sistuasi yang sedang berlaku. Hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menaham 4 individu termasuk seorang Pengarah Imigresen Perak berusia 57 tahun kerana terlibat dalam perbuatan rasuah.

Mereka dipercayai terlibat dalam memberi dan menerima rasuah daripada pengusaha pusat hiburan dan rumah urut yang beroperasi di Perak. Kesemua mereka telah direman selama lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sumber laporan

3. Ditembak di kepala dan ditetak sampai putus jari

Sadis, seorang lelaki ditemui mati di Jalan Pasar Baru , Kuantan akibat ditembak di kepala dan ditetak pada anggota badan termasuk sehingga putus jari. Mangsa, K Selam Parasan, 27, berasal dari Mentakab ditemui mati selepas ditembak dipercayai tiga peluru dan ditetak menggunakan sebilah parang panjang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi, setakat ini, motif kejadian masih belum diketahui dan dalam siasatan.

Sumber laporan

4. SP Setia berjaya catat jualan sehingga RM3.82 billion

Syarikat pembangunan hartanah, SP Setia Berhad mengumumkan berjaya mencatatkan jualan RM3.82 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, melebihi RM320 juta berbanding sasaran jualan yang ditetapkan pada RM3.50 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia, Datuk Khor Chap Jen berkata, jumlah jualan berkenaan dipacu oleh 92 peratus daripada projek tempatan yang merangkumi RM3.50 bilion dan baki lapan peratus daripada projek antarabangsa.

Sumber laporan

5. Malindo Air kini buka laluan Kuala Lumpur ke Jeddah

Malindo Air kini melancarkan laluan penerbangan baharu dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi, dengan singgahan sejam di Ahmedabad, India. Menurut laporan, tambang promosi pengenalan (pergi balik ) bagi penerbangan itu bermula daripada RM3,999 bagi kelas perniagaan dan RM2,899 bagi kelas ekonomi.

Syarikat penerbangan itu berkata ia akan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Aziz, Jeddah, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dua kali seminggu bermula Selasa sehingga 25 Mac 2017.

Sumber laporan