1. Lagi kes rasuah, kali ini libatkan pegawai dan aggota tentera

Dua pegawai dan anggota tentera berpangkat leftenan kolonel dan staf sarjan direman selama 7 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah. Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Nurunaim Abdullah di Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semalam, SPRM telah menangkap seorang pegawai tentera berpangkat leftenan kolonel yang bertugas di Kementerian Pertahanan kerana dipercayai telah menerima suapan daripada kontraktor-kontraktor proksi termasuk syarikat milik ayahnya yang mana isterinya merupakan pengarah syarikat tersebut.

Sumber laporan

2. Maxis terbit Sukuk Murabahah RM300 juta

Unit Maxis Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd (MBSB), menerbitkan Sukuk Murabahah dengan nilai nominal sehingga RM300 juta, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Sukuk ini merupakan yang keempat daripada Program Sukuk Murabahah Tidak Ditaraf RM10 bilion yang diterbitkan MBSB tahun lepas.

“Tempoh matang terbaharu sukuk itu ialah pada 24 Feb, 2022,” kata syarikat itu.

Bernama

3. Pasangan kekasih pecah kereta akhirnya berjaya ditangkap

Pasangan kekasih yang aktif melakukan kegiatan jenayah pecah kereta di kawasan masjid di hadapan sebuah kedai di Chabang Tiga, Kuala Terengganu akhirnya berjaya ditangkap pihak polis.

Wanita berusia 32 tahun dan pasangan kekasih lelakinya berusia 29 tahun mengaku melakukan 13 kes pecah kereta masing-masing lapan di Kuala Terengganu, Marang (dua) dan Kota Bharu, Kelantan (tiga) dengan kejadian terbaru di sebuah masjid di Merchang, Marang pada Ahad lalu. Tangkapan berjaya menemui 69 jenis kad pelbagai termasuk kad pengeluaran atm dan kad kredit.

Sumber laporan

4. Bypass Kuala Terengganu dijangka siap tahun 2019

Projek Kuala Terengganu Bypass dengan kos RM321 juta yang dijangka siap pada awal 2019 dapat membantu meredakan kesesakan aliran di sekitar kawasan bandar raya ini. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembinaan laluan dari Simpang Tok Molor, Jalan Tok Adis ke Kampung Durian Burung itu sekali gus akan mempercepatkan perjalanan dari Kuantan ke Kota Bharu dan sebaliknya.

Langkah itu dapat menjimatkan masa perjalanan kepada 10 minit berbanding  sekitar 30 minit kini bagi laluan dari Kuala Ibai ke Durian Burung pada waktu puncak.

Sumber laporan

5. Pemandu wanita ragut 8 nyawa masih lagi belum diketahui umum

Susulan kes kemalangan yang melibatkan penunggang basikal sehingga 8 maut manakala 6 lagi cedera masih belum di kenal pasti. Selepas topik ini hangat dibincangkan di laman sosial, ada dikalangan netizen yang bertindak untuk memeriksa saman wanita berkenaan dengan menggunakan nombor pendafatran kenderaan, dan hasilnya mendapati sebanyak 9 kes saman direkodkan.

Ada juga yang mendakwa wanita berkenaan adalah dari golongan anak orang kenamaan dan kerana itulah kes ini bagaikan tiada apa-apa susulan atau berita lanjut yang dikemaskini. Namun ada segelintir yang membantah dengan mengatakan wanita ini hanyalah orang biasa dan bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai di Skudai.

Sumber laporan