659 Kehidupan
February 25, 2017 - 3:57 PM

1. Hina Sultan Johor, lelaki berusia 57 tahun ditahan polis

Lagi kes melibatkan penghinaan kepada Sultan Johor di media sosial, perkara seperti ini sudah berlaku acap kali. Terbaharu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 57 tahun kerana dipercayai mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan kepada Sultan Johor.

Hasil tahanan polis turut merampas kad sim yang dipercayai digunakan untuk menghasut rakyat dengan mengeluarkan kenyataan jelik dilaman sosial Facebook. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Bernama

2. Kelantan tidak larang rakyat berbasikal waktu malam

Isu berbasikal pada waktu malam kini menjadi topik paling treding semenjak 2-3 minggu kebelakangan ini. Setelah apa yang berlaku di Johor yang melibatkan kemalangan basikal sehingga meragut 8 nyawa, banyak khabar angin yang diusulkan berkenaan larangan berbasikal pada waktu malam.

Terkini Kelantan turut terkena tempias berkenaan larangan berbasikal pada waktu malam. Sehubungan itu, Kerjaan Negeri Kelantan telah menyatakan tidak berhasrat mengeluarkan arahan terhadap larangan tersebut, namun Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, bagaimanapun meminta supaya ibu bapa tidak membiarkan anak-anak mereka berkeliaran pada waktu malam dengan berbasikal di jalan raya.

Sumber laporan

3. Pelajar perempuan samseng

Seorang pelajar tingkatan satu di sekolah Bandar Sri Damansara cedera di kepala di pukul 2 pelajar perempuan tingkatan 3 di sekolah berkenaan semalam. Ditafsirkan kejadian berlaku kerana timbul salah faham.  Mangsa yang cedera di kepala dan bahu di hantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan menerima empat jahitan di kepala.

Pihak polis sedang mengesan dua suspek terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber laporan

Dunia

4. Ikat tangan murid kerana koyak kertas

Viral dilaman sosial foto seorang budak diikat tangan oleh dua gurunya sebagai denda kerana mengoyak kertas. Kejadian berlaku di Thailand. Lebih menyedihkan apabila gambar hukuman murid tersebut dihantar kepada ibu bapanya. Tidak puas hati, ibu bapa kanak-kanak berkenaan cuba berdepan dengan guru besar sekolah itu bagi mendapatkan penjelasan.

Bagaimanapun jawapan yang diterima agak mengecewakan apabila guru besar telah mempertahankan tindakan kedua guru tersebut, dengan mengatakan hukuman itu dibuat dengan tujuan untuk mengajar kanak-kanak itu untuk memberi tumpuan dalam kelas.

Gambar tersebut kemudiannya viral di media sosial sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa Thailand. Polis yang menyiasat kes tersebut kemudiannya mengenakan denda sebanyak £915 (RM5,062) sebagai denda.

Sumber laporan