January 6, 2017 10:43 PM

1 Januari yang lalu, Ezaura Rafe telah menulis satu kisah berkisar tentang majlis sambut menantu yang telah berlangsung sehari sebelum itu. Kisah dia dan suami telah dikongsi lebih 6,000 netizen di Facebook Ezaura. Jadi, dengan izin Ezaura, kami kongsikan semula di sini buat semua pembaca Vocket.

Pelamin Pengantin

Semuanya bermula dengan ketiadaan pelamin apabila orang yang ditugaskan buat pelamin tidak sihat. Jadi, nak tak nak, Ezaura dan suami perlu buat sesuatu. Ini permulaan kisah mereka.

“Bermula dengan pelamin tak ada. Sebab tiba-tiba orang nak buat pelamin tak sihat. Pening punya pening, nasib baik mak metua ada lanskap yang ala-ala garden. Tapi cantiklah atas itu pokok anggur.”

“Jadi, ambil kerusi di rumah mak, letak kerusi di tengah-tengah, ambil sikit-sikit pasu bunga mak untuk dipenuhkan belah kiri dan kanan lanskap tu. Mak pula cuci lantai lanskap itu sebab ada tahi burung. Adoi gigih tak mak metua aku.”

“Sebelah pelamin garden kami itu orang rewang cuci pinggan kenduri. Tak kelakar tau tapi cantik saja. Tengok sajalah gambar.”

Baju Pengantin

Ini pula kisah pencarian pakaian pengantin Ezaura dan Fadzli selepas memutuskan tidak memakai set baju songket di majlis mereka.

“Dah pelamin pun yang hado! Kami decide tak payah pakai baju songket yang kami dah sewa itu. Kelam-kabut beli baju! Pilih punya pilih, aku serahkan semua pada suami, sebab nak cantik untuk suami kan, eleh! Haha.

Suami pilih sendiri, dia tengok di Instagram brand Rina Salleh! Kebetulan minggu depan nak shoot baju Rina Salleh. Tapi dalam hati risau “orang kata” kahwin pakai jubah biasa ini saja?”

“Ni nak pergi raya bolehlah pakai macam ini. OK kami decide akan pekakkan telinga. Tapi dalam hati dup dap aih!

Baju tu kain biasa saja, tak ada blink blink, mak mertua cakap pergi letak swarovski diamond (tiruan punya). Suami gigih letak benda itu pada baju.

Tudung kosong beli RM10 tambahlah blink blink itu. Semua suami buat. Aku? Aku duk tepi tolong sikit-sikit, sebab dia nak sangat buat, aku bagilah.

Pendang ke Sungai Petani, Sungai Petani ke Alor Star, Alor Star ke Pendang, Pendang ke Seberang Prai. Akhirnya beli baju pengantin perempuan, terus ke Alor Star balik dan beli baju lelaki. Settle baju!”

Mekap Pengantin

Mekap sendiri pun cantik wajah Ezaura. Nampak simple dan light sesuai dipadankan dengan jubah pengantin. Jadi, memang betul keputusan Ezaura dan suami itu.

“Apabila pelamin tak ada, suami pandang dan berkata; “makeup-lah sendiri”. Aku pun decide makeup sendiri. Risaulah nanti orang makeup tebal, sebab pakai jubah biasa saja kan.”

Meja Makan Pengantin

Apabila lihat gambar di atas ini, nampak kemas dan cantik meja makan pengantin. Tapi apabila baca coretan Ezaura ini, memang rasa tak sangka pula begitu sekali kerjasama mereka. Ia pasti jadi antara kenangan terindah buat mereka.

“Meja makan? Oh! Baru teringat nak buat meja makan pengantin masa malam sebelum kenduri. Suami pergi beli kain semeter RM2.00 saja, Jadi, kami sama-sama dengan mak, kakak dengan yang lain buat meja makan pengantin.”

“Apabila tengok meja pengantin yang asal tu memang yang hado! Tak boleh nak sambungkan kain kiri dan kanan dengan stapler sebab itu bukan meja kayu, tapi meja besi. Jadi kami sambung dengan jarum peniti tudung. Jadilah cantik macam tu.”

“Apabila dah siap kurang bunga kan. Bunga yang dah siap gubah harganya RM25. Adoi tak nak beli! Bazir ah! Jadi mak mertua korbankan bunga orkid dia. Mak Tam tolong gubah jadi cantik macam RM50 tau! Orkid mak nanti Pali ganti eh mak.”

Makanan Kenduri

Cara makan sebegini yang jarang dapat kita lihat dalam majlis-majlis kenduri kahwin. Makan dalam talam ini pula bukan setakat buat tetamu, pasangan pengantin turut dijamu di dalam talam.

“Makanan tak payah risau, ayah settle-kan semua. Tapi makanan pengantin kami lupa nak fikir. Jadi makanlah kami dalam talam seperti mana dalam gambar.”

“Haha. Kira macam first time lah makan dalam talam masa kenduri. Rombongan dari Kuala Lumpur lagilah tak pernah makan dalam talam. Kira di Pendang ini special ada Nasi Daging dengan air asam, pastu ada ayam apa entah, dengan kari daging.”

“Air paling special. Selalu kenduri air sirap, sirap, sirap saja! Nah kami bagi special kiwi asam boi. Woi syok woihhh orang KL tak pernah rasa benda-benda macam ini.”

Gambar Cantik

Masa kami lihat gambar-gambar ini, memang terdetik di hati ianya cantik sekali. Rupa-rupanya kawan-kawan pasangan ini terdiri daripada sekumpulan jurugambar yang turut hadir ke majlis ini.

“Gambar lawa kan, kami tak hire photographer sebab ada kawan-kawan suami semua photograpfer jadilah dapat gambar cantik.”

Memang sporting habislah kawan-kawan mereka ini. Sebab itu Ezaura tak lupa ucapkan terima kasih kepada mereka di dalam post yang dia tulis itu.

“Terima kasih Aizat, Roy, Babayan, Ubai, AJ, datang dari KL tolong shoot wedding kami yang tak seberapa tapi dalam gambar woih macam oversea ahhh!”

Post-Wedding Photoshoot

Wah! Benar kata Ezaura. Begitu cantik pemandangan kehijauan berlatarbelakangkan bendang sawah padi yang sinonim dengan Kedah ini.

“Di Kedah ini banyak bendang kan, sawah padi berderet, macam Australia, haha. Acah-acah sangat tapi kau tengok chantik gilos. Toksah la pergi jauh-jauh, Malaysia cantik lagi. Kena rajin explore saja. Pastu edit-lah! Hihi.”

Penutup Kenduri

Usai habis majlis sambut menantu, Ezaura dan Fadzli pergi pula mencuci periuk dan pinggan mangkuk yang masih berbaki di rumah. Memang sempoi gaya mereka, siap tersenyum lagi.

“Habis saja kenduri, apa lagi pengantin cuci periuk pinggan yang lebih-lebih itulah. Bulu mata che ta tak cabut lagi, lens tak sempat buka, senteng lengan, mencucilah kami.”

“OK Happy New Year semua. Semoga yang baik-baik akan berlaku tahun ini ya. Amin Yaa Rabb,” pesan Ezaura buat semua.

Artikel Berkaitan