Kakitangan Pengurusan Zoo Bandung, Indonesia menerima kecaman hebat oleh media antarabangsa dan tempatan setelah rakaman video yang dibuat oleh salah seorang pengunjung di Zoo berkenaan tersebar di internet. Rakaman tersebut menunjukkan sekumpulan beruang yang hidup dalam kelaparan, lebih menyedihkan beruang-beruang berkenaan seolah-olah meminta belas kasihan dari pengunjung untuk diberi makan.

Lebih sadis apabila melihat keadaan fikizal Beruang Matahari yang sepatutnya gemuk dan comel, tetapi sebaliknya kurus kering sehingga menampakan bentuk susuk tulang haiwan berkenaan. Prilaku ini disifatkan sebagai sesuatu yang sungguh zalim dimana haiwan yang sepatutnya dipelihara tidak dijaga kebajikannya.

Buat pengetahuan anda, ini bukan kali pertama berlaku di Zoo Bandung, Indonesia. Sebelum ini kejadian yang sama berlaku terhadap Gajah yang dikhabarkan mengalami nasib yang serupa.

Pengurusan yang teruk dan tidak bertanggungjawab, Yayasan Scorpion Indonesia (YSI) meminta Kementerian Lingkungan Hidup agar  menutup terus Zoo Bandung dari beroperasi. Menurut mereka, ini adalah disebabkan kegagalan pihak pengurusan zoo sendiri yang tidak dapat merawat haiwan berkenaan dengan baik.

Dalam masa yang sama, satu petisyen dalam talian telah dijalankan untuk mendesak Zoo Bandung ditutup. Setakat ini sebanyak 12,000 tanda tangan sudah mempersetujui dan menyokong penuh penutupan Zoo Bandung.

Lihat video di bawah, sungguh menyentuh hati.

‘Haiwan ini sepatutnya tidak dibiarkan lapar dan haus,” kata ketua YSI.

Dalam satu rakaman yang lain ada menunjukkan yang haiwan ini terpaksa memakan najis mereka sendiri.

Sumber