Big Bad Wolf. Sebut sahaja nama anda sudah tahu apa yang boleh dibayangkan.

Acara tahunan jualan buku-buku berkualiti pada harga runtuh ini memang dinanti-nanti oleh peminat-peminat.

Acara BBW akan bermula pada 7 pagi 9 Disember sehingga 9 malam 19 Disember 2016 selama 24 jam di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC) di The Mines.

Kami di Vocket dijemput untuk menjadi saksi persediaan belakang tabir.

Melihat selautan buku-buku yang disusun rapi dengan bau buku baru memenuhi ruang menimbulkan rasa teruja yang sungguh luar biasa.

Pada kali ini, sebanyak 4 juta buku ditawarkan buat pengunjung-pengunjung!

1. Lebih besar

bbw-06

bbw-01

Acara kali ini adalah yang terbesar pernah dibuat oleh BBW setakat ini.

2000 buah palet diperlukan untuk mengangkat 4 juta buah buku ini.

Disebabkan jumlah yang besar, buku-buku ini akan memenuhi keseluruhan ruang dewan.

Manakala Curious Corner, iaitu ruangan menjual poster dan papan tanda akan terletak di luar dewan.

Ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, di mana Curious Corner diletak di dalam dewan bersama-sama jualan buku.

2. Logistik

Saya sangat kagum melihat bagaimana operasi pengurusan jualan 4 juta buku berlangsung.

Kenderaan

bbw-15

Menurut Aumshree, Timbalan Pengurus Pemasaran BBW, sebanyak 30 hingga 40 kali perjalanan kontena 40 kaki diperlukan untuk membawa kesemua buku ini dari gudang mereka di Shah Alam ke MIECC The Mines.

Di dewan pula, 3 hingga 4 buah forklift digunakan untuk mengangkat palet-palet.

Kakitangan

bbw-03

bbw-11

Seterusnya, buku-buku akan diproses oleh 400 orang kakitangan sementara yang sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar-pelajar kolej dan universiti.

Kakitangan ini bukan sahaja bertanggung jawab menguruskan susunan buku, sebahagiannya juga berkhidmat dalam pengurusan pelanggan dan sebagai kru jualan, di mana rotasi mereka berlangsung selama 24 jam!

Kebanyakan kakitangan sementara terdiri daripada mereka yang pernah terlibat dalam BBW sebelum ini. Lama atau baru, mereka dilatih dengan baik.

Tidak hairanlah melihat mereka bekerja bagai lipas kudung.

Anak-anak muda ini bekerja berkumpulan, fokus dan laju. Tahu apa hendak dibuat dan ke mana hendak dituju.

3. Aliran

bbw-05a

bbw-08

Pada kali ini, kesemua buku akan berada dalam satu dewan, pada tingkat yang sama.

Dewan akan dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti bahagian kanak-kanak, ‘Premium Zone’, fiksyen dan bukan fiksyen. Bahagian ini pula mempunyai beberapa pulau (island) yang berkaitan.

Buku-buku juga disusun mengikut aliran yang lebih relevan, contohnya, selepas bahagian kanak-kanak, anda akan jumpa bahagian untuk ibu.

Pendek kata, flow lebih cantik dan secara semula jadi anda dapat agak di mana harus pergi untuk mencari buku yang anda mahu.

Untuk kemudahan pelanggan, buku-buku yang dikongsi di media sosial BBW akan diletakkan di ruangan ‘As Advertised’.

Andai anda terpikat dengan buku yang terpapar di Facebook BBW, jangan lupa perhatikan tanda berhenti sejurus selepas memasuki dewan.

Kemungkinan besar, buku yang anda cari ada di situ.

4. Tempat simpanan pelanggan

bbw-07

bbw-09

bbw-10

Pelanggan akan dibekalkan dengan troli pasaraya untuk membeli-belah.

Andai kata troli anda separa penuh, tetapi masih mahu melihat judul buku lain, anda boleh letakkan troli ini di tempat simpanan pelanggan (customer storage) sebelum pembayaran.

Anda juga boleh berehat sebentar di Kafe Madeleine sebelum habis membeli belah.

5. Madeleine

MadeleineA1Poster_E01

Madeline adalah kafe in-house pertama BBW.

Bila penat, anda boleh berhenti sebentar sambil menikmati kopi dan kek.

Makanan dengan kualiti yang tip-top pasti buat anda terpikat.

Lagipun, ia berhampiran dengan tempat simpanan. Anda boleh shopping, parking dan kemudian resting sebelum mula membeli belah kembali.

6. Buku

bbw-12

bbw-17

Buku-buku dipilih sendiri oleh pengarah-pengarah BBW daripada penerbit seluruh dunia.

Terdapat pelbagai pilihan di sini termasuklah pop culture, buku kanak-kanak (buku bergambar, buku aktiviti, buku permainan dan buku pelekat), buku self-help, buku memasak dan banyak lagi.

Terlalu banyak judul, sehinggakan tidak cukup ruang jika saya hendak tulis kesemuanya!

Buku Bahasa Cina

Ini adalah pertama kali BBW menampilkan buku berbahasa Cina.

Banyak penerbit dari negara China berminat untuk menyertai BBW.

Chan Xiang, penerbit buku kedua terbesar di China juga menjemput BBW untuk mengadakan acara di sana.

Buku Bahasa Melayu

Beberapa penerbit tempatan seperti Buku Fixi, Lejen Press dan PTS juga terlibat dalam BBW.

Selari dengan tema BBW yang menjual buku-buku pada harga diskaun, buku-buku daripada penerbit-penerbit ini juga akan dijual pada harga hebat.

7. Pelancaran Buku

image1-1

Dalam acara ini, pelancaran buku ‘Serigala’ hasil tulisan Lokman Hakim akan berlangsung.

Buku yang ditulis khas sempena pelancaran BBW kali ini hanya terbit sebanyak 3000 naskah dan boleh didapati di BBW.

Pelancaran dan sesi tanda tangan akan berlangsung bermula jam 9 pagi 9 Disember 2016.

8. Big Bad Wolf 2017

bbw-14

bbw-16

bbw-18

Pada 2017, BBW akan mula menjelajah seluruh dunia.

Pada 2016, mereka berjaya mengadakan acara jualan buku di Bangkok, Jakarta, dan Surabaya.

Apabila ditanya bilakah acara BBW di Kuala Lumpur selepas ini, Aumshree menjawab, “Mungkin Disember 2017.”

Jadi ada yang rasa nak angkut buku banyak-banyak bawa balik rumah hujung minggu ni?