Bilakah pilihanraya? Ini antara soalan panas yang selalu ditanya oleh orang ramai kepada wartawan.

Waktu PRU 13, kami di Bernama disuruh standby sampai tiga kali. Kali keempat barulah betul-betul jadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Standby bukan bererti suruh berjaga- jaga. Istilah standby bagi rumah berita ertinya betul-betul mahu jadi.

Cuti dibekukan. Yang nak cuti tak boleh. Yang dah lulus cuti boleh jadi ditarik.

Nak kahwin pun risau. Mau kena dah buat semua persiapan siap beli tiket honeymoon tiba-tiba PM umum Parlimen bubar, menggelupur kita weh.

Itulah yang dilalui para wartawan bukan sahaja Bernama tetapi juga BH, Utusan, NST, The Star dan semuanya.

PRU 14

PRU 14 bakal jadi lebih sengit. Pihak kerajaan dan pembangkang kedua-duanya ada isu yang tak senang di hati rakyat.

Yang dahulu penyokong tegar parti dah ubah jadi atas pagar.

Yang atas pagar dah jadi non-voter. Mereka dah malas nak campur, dah malas nak keluar mengundi.

Trend ini bukan pelik. Pilihanraya di Rusia dan Amerika serta undian Brexit baru-baru ini membuktikan semakin rakyat mahu ‘abstain from voting’ terutama golongan muda.

Jadi kalau trend ini juga melekat pada PRU kita yang ke 14 ini, masak kita. Kerajaan yang bakal ditubuh akan tidak kuat menjadikan kita lebih vulnerable.

Bilakah PRU 14?

Baik kembali kepada persoalan utama, bilakah PRU 14?

Jujur dikatakan, kami juga tak tahu.

Tapi kami sedang teka-teka juga ni, lihat poin di bawah:

1. Tekaan PRU aku buat berdasarkan sukuan tahun, bukan bulan.

Maka kita bahagi seperti berikut:

a. Suku 1 : Jan – Mac
b. Suku 2 : Apr – May
c. Suku 3 : Jun – Sept
d. Suku 4 : Okt – Dis

2. Adakah PRU boleh berlaku pada suku 1?

Macam tak logik sebab pertabalan YDP Agong belum berlangsung. Itu adalah peristiwa penting buat negara. Perlu diselesaikan dahulu.

Lagipun kita baru nak habis masalah bencana banjir.

3. Macam mana suku 2?

Juga tak logik.

Walaupun dah selesai pertabalan Agong pada April, ada pula bulan Ramadan dan Syawal. Takkan nak kempen pilihanraya sambil pegang balang kuih woih, haha.

4. Suku 3 macam mana?

Juga tak logik sebab Malaysia akan jadi tuan rumah Sukan SEA dan lepas itu Para pula.

5. Jadi tingallah suku keempat yang nampak macam sesuai.

Cuma pada Oktober biasanya ada pembentangan Belanjawan. Jadi boleh jadi lepas itulah kot.

6. Habis teruk, tahun depanlah ya. 2018.

Itulah yang boleh aku kongsi setakat ini. Aku punya tekaan, paling awal ialah pada Oktober 2017.

Kalau jadi lebih awal, maksudnya formula aku ini tak betul. Tapi kalau jadi, maka lantiklah aku jadi Ahli Nujum Negara.