Sungguh pelik senireka bilik hotel ini. Bagi mencipta satu pengalaman baru di pergunungan Switzerland, Hotel Null Stern yang bermaksud hotel tanpa bintang diwujudkan di atas tanah ketinggian 6,463 kaki dari paras laut tanpa dinding dan bumbung dengan caj RM935 semalaman.

Tetamu akan dapat sebuah katil kelamin, kain cadar, selimut tebal, bantal dan 2 lampu meja. Oh ya! Seorang pekerja hotel untuk memenuhi keperluan tetamu. Jika mahu ke tandas atau bilik air, tetamu perlu berjalan kaki selama 5 minit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bilik Hotel

Persekitaran Bilik Hotel

Pekerja Hotel

Servis Bilik

Ia biasanya ditempah pada musim panas di Switzerland. Cuma saya khuatiri dari aspek keselamatan. Bagaimana jika ada beruang atau penjenayah ucap “hello” kepada tetamu?