Mencecah umur 62 tahun bukan alasan untuk Bill Gates tidak menceburi sesuatu yang baru. Sebelum ini tokoh ini turut terlibat dalam ice bucket challenge serta Reddit AMA dimana kedua-dua event ini banyak dikuasai oleh mereka yang lebih muda.

Terbaru, Bill Gates secara rasminya menyertai aplikasi WeChat. Mengetahui beliau menyertai WeChat kami berpendapat beliau bakal dipilih sebagai pengurus syarikat tersebut setidaknya sebagai pelabur. Ternyata sangkaan kami silap. Bill Gates sekadar mendaftar sebagai pengguna untuk memaparkan hasil penulisannya kepada umum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenapa WeChat?

Hasrat Bill Gates memilih platform aplikasi dari China ini tidak lain dan tidak bukan untuk meluaskan pengaruhnya sekitar China. Memandangkan ekonomi China semakin meningkat ketika ini ditambah pula dengan bilangan penduduk yang ramai, pemilihan Bill Gates untuk memilih WeChat berbanding blogspot tampak releven.

Melalui aplikasi WeChat, pengguna dapat mengikuti sebarang penulisan yang dikeluarkan oleh individu terkaya dunia ini. Tambahan pula hasil penulisannya bakal dikeluarkan dalam Bahasa Mandarin, ternyata Bill Gates sudah lama mengkaji sebelum memilih untuk menggunakan platform WeChat ini.

if you can’t beat them, join them

Selain itu, ramai yang berpendapat pendekatan yang dilakukan Bill Gates ini sebagai cara untuk mempromosikan lebih banyak produk dibawah pengurusan beliau. Ditambah pula dengan Facebook dan Twitter yang disekat di China, langkah yang dilakukan ini sememangnya idea yang best. Bill Gates, anda bijak.

Sumber