Assalamualaikum wbt.

Saya, Syed Mustaqim Bin Syed Yusoff, berusia 33 tahun, sudah berumahtangga dan mempunyai sepasang cahayamata. Anak kedua dari 5 adik beradik. Bekerja dalam bidang IT.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari kecil, saya telah tergolong dalam golongan berbadan besar. Dari 5 beradik, saya dan adik bongsu yang berbadan besar. Namun, saya sering tidak ambil peduli apa orang sekeliling saya nak kata.

Walaupun berbadan besar, saya aktif bersukan. Di sekolah rendah, saya mewakili sekolah dalam acara hoki, dan bila disekolah menengah saya mewakili sekolah dalam sukan ragbi.

Memasuki universiti, saya juga merupakan wakil universiti dalam sukan ragbi dan pernah bermain dengan sebuah kelab ragbi tempatan. Mungkin kerana selalu bersukan, saya tidak pernah kisah mengenai pemakanan dan badan saya.

cara-turunkan-berat-badan-1
Tahun 2005
cara-turunkan-berat-badan-2
Tahun 2009.

Namun apabila mula melangkah ke alam pekerjaan pada tahun 2003, saya telah mula kurang bersenam malah tidak langsung bersenam sebenarnya. Berat semakin naik dan kadangkala mula risau mengenai berat badan.

Lalu seorang kawan memperkenalkan saya dengan produk supplement yang baru memasuki pasaran pada masa tersebut.

Walaupun produk tersebut mengurangkan berat badan pada ketika itu, namun kurangnya disiplin dan kerana faktor harga produk tersebut, saya terpaksa berhenti menggunakannya. Berat badan saya meningkat naik semula sehingga 179kg.

Berat badan saya terus meningkat sehingga tiba waktu untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2010. Saya sekali lagi diperkenalkan dengan produk supplement yang baru dan berjaya mengurangkan berat sebanyak 15 kg dalam 3 bulan.

Setelah berkahwin, saya berhenti menggunakan produk tersebut dan berat saya semakin meningkat dan mencecah 179kg.

cara-turunkan-berat-badan-3
Bersama ister di hari perkahwinan July 2010
cara-turunkan-berat-badan-4
Bersama keluarga bulan Sept 2011
cara-turunkan-berat-badan-5
Pada April 2012. Berat badan sekitar 179kg

Beberapa siri sesak nafas dan tersedak sewaktu tidur mula mendatangkan kerisauan kepada diri saya.

Saya mencuba pula pil untuk mengurangkan berat badan, namun kesan sampingan yang teruk seperti sakit kepala dan demam membuatkan saya berhenti menggunakannya dalam masa 3 hari selepas menggunakannya.

Selepas berhenti menggunakan produk tersebut, saya sudah malas untuk menurunkan berat badan kerana bagi saya semua nya tidak membantu.

cara-turunkan-berat-badan-6
Broga Jan 2013

Namun, suatu sessi sembang petang dengan seseorang yang mengatakan tidak pernah melihat saya kurus sedari kecil membuat kan saya untuk sekali lagi mencuba mengurangkan berat badan dan kali ini saya telah membuat research menggunakan internet.

Usaha tersebut telah membawa saya kepada laman web kevinzahri.com dan saya telah memuat turun ebook “kurangkan 5kg dalam 5 minggu”.

Menyusuri siri success story yang telah diceritakan di dalam blog beliau, membuatkan saya teruja dan tanpa banyak berfikir, saya terus menggunakan segala tips dan teknik yang diajarkan didalam ebook dan web beliau.

Sepanjang proses menurunkan berat badan, saya selalu merujuk kepada tips dan cara diet yang diberikan Kevin sendiri dan mereka yang telah berjaya didalam blog kevin zahri dan instagram beliau.

cara-turunkan-berat-badan-7

Pada peringkat 6 bulan pertama diet, saya tidak langsung melakukan sebarang senaman. Masuk bulan ke 7, saya mula berjalan.

Saya yang sebelumnya walaupun hanya berjalan sudah sakit pinggang dan lutut, namun pada percubaan pertama untuk berjogging setelah sekian lama, saya mampu untuk berjogging sejauh 1 km tanpa henti.

cara-turunkan-berat-badan-8

Alhamdulillah, kini saya mampu untuk berlari 10 km tanpa henti dan berjaya menamatkan larian marathon sejauh 15km baru baru ini. Sungguh tidak masuk akal kalau difikirkan namun itu adalah hakikatnya.

Tips dan Amalan Diet

  1. Minum air kosong 4-6 liter sehari
  2. Mengamalkan pengiraan kalori harian
  3. Makan 5-7 kali sehari
  4. Tidur sekurang-kurang nya 8 jam
  5. Konsep makan sekadar untuk merasa
  6. No fast food, no junk food, no more sugar

Tips Senaman dan Gaya Hidup

  1. Lebih kerap membaca label barang makanan untuk mengetahui jumlah kalori setiap hidangan
  2. Menggunakan mobile application MyFitnessPal yang memudahkan dalam pengiraan kalori harian yang telah diambil dan juga sering ke cekodok.com untuk mendapatkan maklumat mengenai kalori makanan.
  3. Melakukan aktiviti kardio 3-4 kali seminggu, body weight 1-2 kali seminggu
  4. Juga melakukan High Intensity Interval Training (HIIT)

cara-turunkan-berat-badan-9

Tips dan nasihat kepada pembaca

1. Sokongan dan dorongan orang disekeliling amat membantu, terima kasih saya ucapkan kepada isteri, keluarga, rakan sepejabat yang banyak membantu dan mendorong dalam menjayakan proses transformasi ini.

2. Kecekalan, ketabahan dan jangan putus asa, tiada jalan pintas untuk mendapatkan hasil seperti apa yang telah saya kecapi, dan saya juga masih terus berusaha untuk menurunkan lagi berat badan

3. Pengorbanan amat perlu, dan setiap pengorbanan ada ganjarannya.

4. Gunakan internet untuk mencari pelbagai info dan teknik untuk terus menurunkan berat badan.

5. Perlu merancang lebih awal apa yang hendak dimakan sehari hari untuk mengawal jumlah kalori dan menyediakan sendiri makanan lebih banyak membantu ke arah tersebut.

…tapi sekiranya tiada tindakan yang dibuat oleh anda sendiri, maka diri anda tidak kemana, percayalah.

Tiada siapa dapat membantu anda kecuali anda sendiri. Kevin Zahri telah menunjukkan banyak cara dan teknik dalam menurunkan berat badan, tapi sekiranya tiada tindakan yang dibuat oleh anda sendiri, maka diri anda tidak kemana. Percayalah.

Baca lagi: Inilah 6 Jadual Makan Dan Diet Saya Selama 3 Bulan Hingga Berjaya Hilang 40 Kg