Macam-macam talent yang dikeluarkan peserta Britain’s Got Talent (BGT) untuk menarik perhatian juri. Tetapi aksi lelaki ini paling merbahaya sehingga aksi beliau di banned oleh siri realiti tv itu untuk dipamerkan secara live ketika berlangsungnya episod semi-final siri tersebut baru-baru ini.

Bintang Britain’s Got Talent, Alex Magala mengaku bahawa aksi menakutkan beliau itu perlu dirakam terlebih dahulu dan bukannya secara live kerana pihak pengurusan tidak mahu mengambil risiko jika aksi Alex tidak berjalan lancar seperti yang beliau mahukan.

Pada aksi audition, Alex menelan sebilah pedang dan turun dari puncak tiang dan berhenti beberapa inci dari lantai. Jika beliau tersalah langkah, memang beliau akan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan mungkin mati. Lihat video di bawah untuk tengok aksi audition Alex.

https://www.youtube.com/watch?v=y-LhWP_T0IA

Tetapi lelaki 26 tahun itu tidak berhenti setakat itu sahaja. Untuk peringkat semi-final ini, aksi beliau lebih radikal; memanjat tiang secara mata ditutup dan sliding ke bawah sebelum berhenti beberapa inci sahaja dari power drill di lantai.

Bagi Alex, setiap aksi beliau memang tiada faktor keselamatan. “Saya jamin kepada pihak pengurusan BGT bahawa saya mempunyai sepenuh kawalan dengan setiap aksi saya. Aksi saya ini pasti akan meletakkan sword-swallowing act lebih terkenal,” kata Alex kepada The Sun.

Lihat persembahan semi-final Alex di bawah. Memang power konsentrasi Alex ini. Salah satu langkah memang boleh menemui ajal.

Sumber