Trend. Nak ikut atau nak jauh?

Cuba korang tengok dalam kawasan rumah atau ofis korang, ada berapa payung atau meja kopi tepi jalan yang dibuka sekarang?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kalau kawasan rumah aku sahaja sudah ada 4 payung kopi tepi jalan ini.

Orang kata bisnes ini sudah jadi trend sekarang. Bila-bila trend boleh mati.

“Berbaloi tak kalau kita nak follow trend?”

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

Ada orang kata bisnes yang jadi trend ini merugikan. Kau baru nak start, tetiba trend mati, habis tak terjual semua benda.

Petanda-petanda trend bakal mati itu kita boleh lihat bila:

1. Ada orang main cantas harga. Elok-elok orang lain jual harga air kopi RM5, ada pulak mamat ini jual RM3.

2. Ada penunggang trend yang buat produk tak sedap. Kopi kau yang tak sedap, habis rosak reputasi air kopi tepi jalan yang lain.

3. Semua orang nak buat benda yang sama! Tiba-tiba kau jumpa rakan sekolah kau, dia pun borak pasal nak buka kopi tepi jalan.

Sama kes macam pelaburan juga. Tahun 2012 tetiba semua orang duk borak pasal emas. Tak lama lepas itu, tup tup harga emas jatuh menjunam.

“Habis itu berbaloi lagi ke nak terjah dalam trend?”

Kalau kau dah nampak 3 ciri ini, kita boleh buat agak berapa lama lagi trend itu akan bertahan di TEMPAT TERSEBUT.

Ya, trend ini pun mengikut tempat.

Ini sama kes macam trend Burger Bakar suatu ketika dahulu.

Di KL, burger bakar boleh kata sudah mati atau nyawa-nyawa ikan. Kira tiap bulan duit akaun negatif.

Tapi dalam waktu yang sama kedai burger bakar kat JB masih boleh memberikan cashflow positif kepada owner.

Lain tempat lain dia punya bacaan. Sekarang pun masih ada burger bakar yang bertahan di beberapa tempat.

Ini suatu petanda positif iaitu trend juga boleh mencipta habit baru. Cuma berapa kuat kita punya survival untuk bertahan waktu susah, waktu trend sudah mati.

Ada beberapa perkara perlu kita perhati kalau kita masih nak masuk dalam trend:

1. Pastikan kos entry nak setup itu murah atau rendah.

Ada owner kedai kopi tepi jalan offer guna brand dia, dia caj RM5k. Ini sangat mahal. Padahal kopi tepi jalan sahaja. Aku pun tak pernah dengar nama brand tersebut.

Katakanlah trend itu bakal tamat lagi 6 bulan. Kau rasa boleh balik modal tak bayar ribu riban untuk 6 bulan tu?

Jadi cari solusi yang rendah.

2. Mobile.

Bisnes ikut trend ini pastikan kau boleh bergerak bebas. Kalau trend mati di tempat kau buka sekarang, kau boleh bebas pindah tempat lain.

3. Alang-alang dah buka bisnes baru, kita juga sudah dapat hire pekerja baru.

Susun masa mereka seoptimum mungkin.

Separuh bisnes yang ikut trend, separuh lagi masa ikut kehendak pasaran.

Separuh masa buat bisnes kopi tepi jalan, separuh lagi pi hantar air berperisa dalam botol plastik ke kantin-kantin sekolah.

4. Exit strategy lebih penting daripada cara masuk (entry).

Semua orang boleh masuk atau tiru idea bisnes, apa yang lebih penting adalah strategi kita sepanjang masa.

Bila menghadapi waktu susah, apa strategi untuk keluar daripada kesusahan itu, bila menghadapi waktu trend mati, apa strategi kita.

Cara masuk cuma satu, tetapi strategi survival perlu banyak. Dan berapa lama kita mahu berada dalam bisnes tersebut?

BACA: Kenali Pembawa Budaya Trendy Minum Bubble Tea Di Malaysia