Apabila bisnes dikaitkan dengan ketidakpuasan hati kita terhadap ibu bapa, saya rasa perlu untuk berkongsi.

1. Jangan menyalahkan

Jangan pernah salahkan keluarga kita terutama mak ayah kita sendiri. Kerana kena yakin, jatuh bangun kita dalam bisnes, adalah dari restu mereka juga.

Apabila kita menegakkan kebenaran dengan bertegang urat dengan mereka, percayalah, bisnes tersebut pasti akan berada di mode: STATIK. Nak naik atas tak dapat, malahan makin jatuh ke bawah.

Ini kerana:

1. Secara tak langsung apabila kita kerap berbalah dengan mereka, ia meninggalkan rasa kecil hati di dalam jiwa mereka.

2. Apabila mereka kecil hati, terkadang tersimpan jauh di sudut hati, mereka akan kerap mengaitkan tentang perniagaan kita dengan rugi.. rugi.. rugi. Apabila kata-kata itu menjadi doa, ia akan mengikut sangkaan fikiran mak ayah itu tadi.

2. Cara terbaik

Cara terbaik adalah dengan:

1. Kurangkan perbalahan.

Apa sahaja mak ayah cakap, angguk sahaja.

Ingat pesan puan guru, mengalah bukan bermaksud kita kalah. Di dalam konteks hubungan dengan manusia, lebih-lebih lagi ikatan sebagai ibu dan ayah, mengalah itu satu kemestian, kewajipan.

Kita mengalah untuk mengharmonikan hubungan. Hubungan yang baik, mampu membawa kepada jiwa yang gembira.

Apabila hubungan dan jiwa bahagia, ia mampu menarik lebih banyak aura positif ke dalam hidup kita. Lebih-lebih lagi, jiwa bahagia itu milik ibu kita sendiri.

2. Kurangkan atau boleh jangan langsung bercakap soal masalah bisnes dengan mak ayah.

Kenapa mak ayah asyik berfikiran negatif? Pasti ada perkara yang trigger pemikiran mereka untuk berfikir sedemikian.

Mana taknya, asal jumpa mereka, cerita pasal tak best tentang bisnes kita.

Bisnes tak ada pelangganlah. Tak ada orang beli hari inilah. Jualan merosotlah. Semua negatif. Hati ibu ayah mana yang tak risau.

3. Tunjukkan result.

Result. Result. Tunjukkan result yang positif. Yang negatif, simpan ketat-ketat.

4. Selalu mohon maaf pada mereka.

Ibu bapa ini sangat fragile perasaan mereka. Mana mungkin mereka hendak melihat anak mereka tidak berjaya.

Cuma cara kita kadang-kadang tidak kena pada cara mereka.

Daripada asyik berbalah, apa kata, setiap kali jumpa, mohon doa mereka.

Mohon mereka doakan supaya diberi kesenangan dan kemudahan di dalam bisnes. Doa ibu ayah makbul.

5. Jangan pernah simpan perasaan tidak puas hati dengan ibu bapa kita sendiri.

Kerana perasaan tidak puas hati itu membawa kepada isu keberkatan di dalam bisnes.

Hati yang happy, penuh positif, penuh dengan kasih sayang, mampu menarik banyak aura positif ke dalam hidup kita.

Hati ibu yang terluka, natijahnya, buatlah apa-apa pun di dalam dunia ini, hidup kita tidak akan pernah aman.

Apabila diberi kebahagiaan, Allah tarik kebahagiaan itu. Apabila diberi kejayaan, lama kelamaan kejayaan tersebut di tarik perlahan-lahan sehingga kita jatuh terduduk, tergolek dog.

Semoga perniagaan kita terus dipermudahkan dan hubungan kita dengan ibu bapa terus harmoni dan bahagia.