Sebelum ini saya hanya dengar dari mulut ke mulut sahaja tentang penunggang motosikal yang akan tolong sesiapa sahaja andai motosikal anda bermasalah di tepi jalan. Betul lah orang kata. Kalau tak kena dekat batang hidung sendiri, kita tak akan percaya kan?

Okay baik. Hari ini nak cerita sedikit insiden yang menimpa saya semalam. Bulan Februari depan cukup setahun saya menjadi pemilik Scomadi hitam yang menjadi mod transportasi saya andai perlu ke mana-mana. Dahulu saya naik kereta dan sebab dah malas nak tempuh traffic jam MRR2 setiap hari, saya pun buat keputusan untuk beli motosikal untuk memudahkan pergerakan. Lagi-lagi dah kerja dengan Vocket ni, ada hari yang perlu saya redah ke beberapa tempat berbeza. Jadi mudah nak menyusuri jalan kota dengan motosikal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semalam ada urusan di Kuala Lumpur.Nak dijadikan cerita, masa tengah laju di MRR2, terasa motosikal tiba-tiba hilang power. Masa tu dah cuak sedikit sebab sepanjang setahun guna Scomadi ni, tak ada masalah pun. Jadi saya pun tolaklah motosikal ke tepi. Cuba juga start guna kickstarter, tetap tak hidup. Risau juga kalau bateri atau belting dalam enjin Scomadi ni putus ke apa. Jadi saya cool down dan masuk group Facebook Scomadi Malaysia untuk check kalau ada teman-teman Scomadi yang boleh bantu apa masalah.

Berteduh di bawah jambatan

Masa tengah belek telefon, ada seorang abang India berhenti dan tanya apa masalah. “Abang, motor ada masalah ka?” tanya brother India tadi. Saya pun cakap yang sekarang ini saya tengah cari tunggu kawan dan nak check apa masalah motor ni. “Owh. Ok abang. Kalau abang mau saya tolak ini motor pergi bengkel pun boleh bang. Itu ada bengkel dekat roundabout sana,” balas brother India tu.

Seorang individu yang saling tak kenal satu sama lain tiba-tiba offer untuk tolak motor saya ke bengkel. Alamak, rasa terharu jugalah masa tu. Saya balas kembali dengan ucap terima kasih atas kesudian untuk bantu sebab saya dah jumpa towing untuk bawa motor saya ke bengkel Scomadi di Sri Rampai.

“Ok abang. Harap semua ok. Gerak dulu apa-apa roger,” balas brother India tu sebelum sambung perjalanan beliau. Yang gerak dulu tu saya tambah nak sedapkan cerita. Berbalik dekat motosikal saya ni, saya rasa dah jumpa masalah dia. Rupanya panel kepala spark plug tercabut. Masalahnya simple saja dan boleh repair sendiri tetapi masalahnya, saya tak ada allen Key untuk buka panel badan Scomadi ni. Aduh, terpaksalah tunggu van towing sampai untuk bawa juga motosikal ni ke Sri Rampai.

Dalam 30 minit kemudian, van towing pun sampai. Van towing ini dari arah lain jadi dia tunggu di stesyen minyak Petron dan saya perlu tolak motosikal dalam 200 meter untuk sampai ke Petron sebab saya berteduh di bawah jambatan ketika itu.

Dalam saya tengah tolak motosikal saya, ada satu brother lagi berhenti di sebelah saya tanya abang nak tolak motosikal ni ke mana? Saya balas nak tolak sampai ke Petron depan tu. “Boleh bang. Abang naik motor. Saya tolong tolak sampai depan,” balas brother tadi. Fuh, lagi terharu sebab saya tak minta bantuan pun tetapi brother tu sendiri offer untuk tolong tolak motor saya.

Jadi brother ni bantulah tolak Scomadi saya ni. Scomadi ini agak berat juga jika diikutkan tetapi dia tak merungut pun. Dalam 200 meter nak sampai Petron tu, sempatlah bersembang yang brother ni namanya Hafiz. Kebetulan nak pergi ke kerja,tak rushing dan mahu isi minyak motor. Jadi tak ada masalah nak bantu saya.

Sampai sahaja di Petron, van towing pun bantu naikkan. Jadi sempat saya salam Hafiz tanda terima kasih. Lepas tu saya masuk ke Petron untuk beli air Nescafe tarik tin sebab ada member kata sedap. Terkilan juga sebab telepas nak balas jasa Hafiz. Nak belanja air satu tapi dia sudah gerak sambung perjalanan. Semoga Allah balas jasa kamu Hafiz. ini gambar air saya minum tu. Tangkap gambar guna Huawei P9. Awesome sungguh camera Huawei P9 ni. Btw, air ni bagi saya manis sedikit berbanding yang biasa. Nak rasa feel tarik tu kena goncang dahulu sebelum minum. Eh, ter #vocketmakan pula.

BACA : Gambar Awesome Figura Aksi Ini Dirakam Hanya Menggunakan Huawei P9

Van towing kemudiannya hantar dengan jayanya motosikal saya ke bengkel Scomadi di Sri Rampai. Kalau ada yang tanya Scomadi ni ok ke tidak, bagi saya ok sahaja. Cuma ‘manja’. Kalau anda dalam perancangan untuk beli Scomadi ni, bertabahlah sebab top speed dia hanya pada paras 95KM/J. Jenuh jugalah saya ulang alik dari Bangi-Kuala Lumpur. Bab vibrate belum cerita lagi. Nasib baiklah awak ni handsome, Scomadi.

Bukti naik van towing. Nanti ada orang kata buat cerita pula.
Tukar kepala plug baharu. RM17. Jadi tak akan tercabut lagi.

Jadi kesimpulan yang boleh dibuat dalam kisah ini adalah dari segi bantuan yang saya terima ketika motosikal saya tersadai di tepi jalan. Bantuan itu datang tak kira bangsa dan status dan benarlah cerita yang saya dengan sebelum ini. Jujur saya tak expect akan ada orang tolong saya tetapi nyata saya salah.

Jadi selepas ini, Insya Allah jika saya nampak sesiapa yang sedang tolak motor di tepi jalan, saya akan buat favor yang sama seperti apa yang Hafiz buat pada saya. Saya percaya kalau kita buat benda baik, Tuhan akan balas balik perkara baik itu nanti.

Kalau anda pandang budak motor serong sebelum ini, anda kena betulkan pandangan anda kembali. Sebab saya hadapi sendiri perkara ini. Bagi rider di luar sana, keep the positive movement going guys!