Jika anda sudah lama bermain dengan platform Instagram, pastinya anda mengetahui sedikit sebanyak perubahan yang telah berlaku. Jika dahulu, hanya notifikasi melibatkan followers terbaru anda atau rakan yang like foto anda yang hadir, kini bermacam lagi notifikasi yang timbul melalui update terbaru.

Fungsi ini mungkin akan membantu, namun ramai yang berpendapat notifikasi ini membuatkan mereka menjadi tidak selesa. Notifikasi seperti first story, live video dan gambar terbaru daripada following mungkin akan membuatkan anda sedikit rimas. Tambahan pula jika anda mengikuti pelbagai akaun dengan jumlah banyak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat kepada masalah yang berlaku, kami sediakan 3 langkah mudah buat anda yang mahu mengurangkan jumlah notifikasi yang tidak diperlukan pada aplikasi Instagram.

https://twitter.com/abram/status/800934915114053634?ref_src=twsrc%5Etfw

  1. Layari ke profile anda
  2. Tekan pada butangĀ  (Android) or (iOS) pada bahagian penjuru atas kanan dan tekan Push Notification Settings.
  3. Seterusnya, pilih notifikasi yang anda mahu aktifkan.
Melalui tatapan ini, anda dapat memilih notifikasi manakah yang anda selesa

Harap dengan perkongsian tips ini dapat membantu anda menguruskan notifikasi smartphone dengan lebih efisyen selepas ini. Selamat tinggal annoying notification.

Sumber