Jika anda seorang pelajar pastinya anda cakna tentang pengumuman Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) sama ada melalui media massa mahupun group WhatsApp IPT anda. Kad debit yang dikeluarkan ini merupakan langkah terbaru daripada kerajaan bagi menggantikan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M).

Berbeza dengan pendekatan yang dilakukan kerajaan pada kali ini, para pelajar kini mempunyai pilihan untuk digunakan terus secara debit mahupun dikeluarkan menggunakan mesin ATM. Jumlah yang dibolehkan keluar adalah sebanyak RM235 memandangkan RM10 perlu disimpan sebagai baki minimum dan RM5 lagi sebagai bayaran tahunan.

Pada kami insentif ini sedikit sebanyak bakal membantu para pelajar bergantung kepada cara penggunaan. Memandangkan ramai pelajar yang mengeluh BB1M sering diterima di akhir semester dimana pembelian buku tidak diperlukan, kami senaraikan cara menghabiskan wang KADS1M dalam separuh hari dengan cara yang lebih enjoy.

Melawat ke mall berdekatan

Tidak sah untuk seorang student jika tidak menghabiskan wang di mall. Buat yang sudah melangkah ke alam pekerjaan, kami tahu anda juga pernah berbuat demikian ketika masih muda remaja.

Sekiranya pusat pengajian anda sekitar Kuala Lumpur, kami cadangkan KLCC dan Pavilion jika tempat yang hipster dan akses pengangkutan awam menjadi keutamaan anda. Sebelum memulakan plan outing bersama rakan pastikan anda tentukan terlebih dahulu masa yang sesuai untuk keluar enjoy bersama.

Menonton wayang

Sumber: Foursquare

Masuk sahaja kedalam mall kami cadangkan anda untuk terus ke kaunter tiket wayang. Lebih afdhal jika anda sudah membuat tempahan secara online terlebih dahulu. Jika tidak, peluang untuk anda mendapatkan tiket wayang dengan waktu tayangan yang lebih lewat dan kekurangan penonton adalah tinggi.

Memuaskan nafsu makan anda di KFC

Tidak kisah sekiranya anda baru sahaja mendapatkan tiket serta menantikan waktu tayangan atau baru lepas enjoy menonton filem,  langkah seterusnya yang perlu anda lakukan adalah dengan mengisi perut dengan makanan-makanan fast food.

KFC adalah cadangan kami jika anda mahukan hidangan fast food mampu milik yang penuh dengan keenakan. Anda juga boleh lawati ke beberapa restoran fast food yang lain jika anda mempunyai bajet tambahan atau dalam misi foodhunting.

Sekiranya anda mempunyai duit baki yang lebih serta terdapat rakan anda yang tidak dapat bersama anda kerana terpaksa menghadiri aktiviti kokurikulum, jangan lupa tapau sedikit makanan buat mereka.

Shopping di H&M

Jika anda sudah mengikuti kesemua langkah yang dinyatakan diatas, kami pasti baki duit anda ketika ini pasti berbaki sekitar RM100-130. Sesuai dengan niat untuk menghabiskan wang yang diberikan, berbelanja di H&M mungkin merupakan langkah yang baik untuk mendapatkan pakaian berjenama.

Buat anda yang mahukan pilihan pakaian dengan harga yang lebih rendah, Brand Outlet antara cadangan kami. Boleh tahan trendy dan lawa juga pakaian keluaran jenama ini. Anda boleh pulang dengan penuh gembira, kenyang dan puas dengan sedikit beg shopping di tangan. Pastikan anda hulurkan sedikit wang jika anda menumpang kereta rakan anda. Ini tips penting.

Itu sahaja tips daripada kami khas buat para pelajar yang ingin menghabiskan dana KADS1M dalam separuh hari. Diingatkan, tips ini tidak sesuai dilakukan buat mereka yang ingin berjimat dan mahu berbelanja dengan lebih berhemah.

Adalah lebih baik jika wang yang diterima dimanfaatkan sepenuhnya dengan membeli barangan pembelajaran serta buku-buku ilmiah sesuai dengan status pelajar sebagai pelajar IPT.