Berikut panduan dan cara untuk sewa skuter elektrik yang  ingin saya kongsikan buat anda yang bakal tunaikan haji dan  umrah di Mekah.

Semoga dapat beri manfaat untuk mereka yang akan pergi mengerjakan umrah, khususnya mereka yang bawa mak ayah yang sakit lutut, kaki dan tak kuat untuk jalan sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Kalau jemaah datang dari arah Hotel Hilton (tingkap kayu warna coklat) atau Safwah Tower, jemaah boleh jalan ke sebelah kiri menuju ke arah hotel ‘Dar al Tawhid’. Dorong wheelchair perlahan-lahan dan pastikan orang yang mendorong pakai kasut atau selipar yang bersesuaian disebabkan permukaan lantai yang agak licin.

2. Hotel Dar al Tawhid terletak berhadapan dengan pintu besar no.79 (pintu King Fahd).

3. Hilton Towers & Hotel Dar Al Tawhid.

4. Tak jauh dari Hotel Dar Al Tawhid tu ada satu ‘jejantas’ untuk jemaah yang pakai wheelchair.  Saya lebih suka guna laluan ni sebab tak ramai orang dan tak sesak.

Cuma pastikan orang yang mendorong kena betul-betul bertenaga. Badan kena slim bertenaga macam saya. Cewah.

Baca: Teringin Nak Pergi Haji Cepat? Ini 15 Cara Yang Boleh Anda Lakukan

5. Ikut je laluan jejantas tu sampai la naik ke tingkat 3. Sampai atas belok ke kanan dan lebih kurang dalam 50 meter kita akan nampak banyak skuter elektrik dan di sana ada kaunter bayaran.

6. Inilah kaunter bayaran. Ada 2 jenis skuter yang kita boleh sewa. Ikut bajet masing-masing. Ada single (boleh naik seorang) dan double (boleh naik 2 orang).

Harga
Double
100 Riyal (tawaf sahaja)
200 Riyal (tawaf dan saie)

Single
50 Riyal (tawaf sahaja)
100 Riyal (tawaf dan saie)

Saya ambil yang double sebab makcik ni tak berani nak drive sendiri.

PERINGATAN. Kalau sewa dan bayar untuk tawaf saja, pulangkan semula skuter tersebut. Jangan bantai guna untuk saie juga. Tak ada untung buat umrah dengan kenderaan hasil menipu.

7. Ni rupa skuter tu.

8. Saya sarankan supaya wheelchair yang kita bawa dari hotel tu disimpan dalam bilik di kaunter bayaran dan pesan kepada pegawai yang jaga di sana. Kalau letak di depan macam dalam gambar ni berisiko untuk hilang (sebab jemaah lain ingat ini wheelchair wakaf dll).

9. Kita boleh pilih kelajuan
Arnab : laju
Kura-kura : perlahan

Orang kata ‘pandu cermat jiwa selamat’. Jangan merempit pula.

10. Tawaf guna skuter ni ambil masa lebih kurang 30-40 minit untuk 7 pusingan.

Kalau tolak guna wheelchair ambil masa lebih lama sebab pusingan di bangunan tingkat atas lebih jauh berbanding di dataran tawaf tingkat bawah. Nak turun ke dataran tawaf tu susah nak lepas jika pakai wheelchair. Polis berjaga di setiap tangga untuk turun ke bawah.

Kita cuma ada 2 pilihan, tolak wheelchair kalau larat atau guna skuter kalau ada bajet lebih.

11. Ini laluan tawaf di bangunan tingkat 2.

Semoga panduan ini dapat dijadikan rujukan dan memudahkan anda sewaktu di Masjidil Haram. Selamat beribadat.

Baca lagi: Oh, Inilah Bagaimana Rupanya Perbezaan Pakej Haji Premium Dan VIP