Perdebatan hangat yang telah berlaku di dunia internet Malaysia semalam.

"Di Antara Warga Asing Dan Hartanah Beku"

Kenapa orang muda kena beli hartanah?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini ada persoalan yang amat menarik untuk dibincangkan. Permulaan perbincangan ini bermula apabila seorang ikon fesyen yang saya hormati, Khalif Samsudin dari Bella Ammara bertanya soalan di atas. Saya namakan perbincangan ini 'ikon vs ikon'.

Secara peribadi, saya merasakan tiada satu jalan mencapai kejayaan. Terdapat 1001 peluang yang menunggu untuk direbut. Makanan, hartanah, fesyen – betapa terkebelakangnya bangsa kita menguasai ekonomi dalam negara sendiri, dan di sinilah peluang-peluang kita.

Banyak usaha-usaha dijalankan oleh kerajaan untuk menolak warga Malaysia (ke hadapan untuk) menguasai ekonomi. Tetapi akhirnya, mereka yang menang adalah mereka yang pandai mencari jalan sendiri, walaupun tanpa dana dan sokongan kerajaan. Mereka yang berusaha bersungguh-sungguh menguasai bidang ilmu yang mereka ceburi. Makanan, hartanah, fesyen – terpulang apa sahaja bidangnya.

Kenapa orang muda kena beli hartanah? Dan ini jawapan saya.

  1. Warga Asing Pun Suka

    Ketika ini, warga asing hanya dibenarkan membeli hartanah bernilai RM1 juta ke atas, mengikut negeri.

    Saya sudah memulakan pelaburan hartanah sejak tahun 2008, dan saya menyaksikan peningkatan had minima harga penjualan rumah kepada warga asing, daripada RM250 ribu kepada RM500 ribu kepada RM1 juta, melalui skim Malaysia My Second Home (MM2H).

    bangla
    Bangla Pun Buat Duit Beribu Ringgit Dari Pelaburan Hartanah. Baca sini.

    Saya tidak mempunyai data mengenai berapa ramai warga asing telah merebut peluang ini, tetapi saya berpeluang mengenali seorang pemilik lot tanah di Pulau Meranti, Puchong. Beliau menyaksikan pembelian besar-besaran warga Singapura daripada pemilik-pemilik asal berbangsa Melayu untuk tanah-tanah berpegangan bebas yang bukan rizab Melayu. Akhirnya Sultan Selangor berpendirian tegas dan hanya membenarkan hartanah di Selangor yang berharga RM2 juta ke atas sahaja dijual kepada warga asing, berbanding negeri-negeri lain yang hanya pada harga RM1 juta.

    Dengan penurunan nilai mata wang kita, semakin banyaklah diskaun yang diperolehi oleh warga-warga asing untuk memiliki hartanah di negara kita. Sedangkan orang luar pun nampak nilai hartanah kita, mengapa kita harus menutup mata di atas peluang yang terbuka?

  2. Bukan Untuk Orang Kaya, Tetapi Jalan Keluar Untuk Menjadi Lebih Senang

    Selalunya saya tidak melayan pendapat yang mengatakan hartanah adalah permainan orang kaya, kerana saya tahu itu bukan kes sebenar. Dan kerana ia adalah cliche yang membosankan.

    Cliche ini juga menutup hakikat gelombang peningkatan harga hartanah bermula apabila pemaju perumahan mula melonjakkan harga rumah. Tetapi hanya pelabur-pelabur disalahkan di dada-dada akhbar. Scape goat yang mudah, bukan?

    Saya berkata pelaburan hartanah bukanlah permainan orang kaya kerana kisah yang saya nampak dan lihat dari mata saya sendiri.

    'Rakan pelaburan' atau JV partner saya yang saya gelarkan 'Abang P' untuk 1 projek yang sudah selesai dan 2 projek yang sedang berlangsung adalah manifestasi daripada kenyataan saya di atas. Beliau bermula sebagai seorang kerani, jual bermacam-macam barangan untuk berjaya. Allah telah melorongkannya jalan melalui hartanah untuk mendapat rezeki yang lebih, berhenti bekerja, membuka perniagaannya, menjual hartanah dan tahun lepas memborong berbelas buah rumah di kawasan untuk pasaran sewaan.

    Man jadda wa jada, orang yang berusaha akan dapat. Dan kita nampak pepatah Arab itu berlaku kepadanya.

    Rohaniah-Noor
    Rohaniah Noor dan penulis sedang belajar. (Kredit: Aqif Azizan)

    Rohaniah Noor, seorang rakan pelabur yang telah saya kenali buat beberapa tahun, juga seorang yang sangat berusaha memandaikan bangsa juga pernah sangat marah dengan orang yang mengatakan hartanah adalah untuk orang kaya. Beliau bermula sebagai seorang penjawat awam. Selalu diusik kerana tudungnya yang tidak segah rakan-rakan sejawatannya dahulu. Menggunakan kereta 'biasa-biasa'. Menggelarkan diri Alien Hartanah kerana selalu rasa berbeza. Tetapi kini beliau pun telah berhenti kerja dan memilih untuk menjadi REN (real estate negotiator) sepenuh masa. Baru beberapa minggu terlibat dalam kemalangan akibat motornya dilanggar dari belakang ketika dalam perjalanan untuk berjumpa bakal pembeli, dengan kecederaan parah. Masih dalam proses 'recovery', dari jauh saya sentiasa mendoakan beliau diberikan kesihatan segera. Amin-amin.

  3. Ada Orang Suka Bekerja

    Mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat ada orang yang sangat sukakan kerjanya. Memang ada yang takut berhenti untuk berniaga, tetapi ada yang benar-benar suka bekerja, SUNGGUH! Orang-orang beginilah yang amat memberi manfaat apabila berkhidmat. Apabila orang-orang sebegini berkhidmat sebagai guru, polis dan doktor, kitalah yang menerima kebaikannya.

    polis
    Polis dan Trooper Star Wars

    Akan tetapi, bekerja dengan kerajaan bermaksud berkorban, termasuklah berkorban wang gaji yang mungkin akan diterima lebih apabila bekerja di luar. Keluarga masih perlu makan, minum, tempat tinggal dan bersekolah. Jadi apakah jalan keluarnya?

    Mudah sahaja kita menyuruh orang berbisnes, tetapi kadang kala kekangan masa itu benar-benar wujud. Jalan keluarnya, sama ada tidak berbuat apa-apa, berkorban lebih masa atau melabur di dalam hartanah yang tidak menuntut masa terlalu banyak. Leverage, leverage, leverage. Itu adalah salah satu kata kunci dalam bidang hartanah selain location, location, location.

    Leverage masa peguam, leverage masa ejen, leverage masa banker.

  4. Langkah Pertama

    Seperti point nombor 2, Abang P dan Rohaniah Noor telah memulakan langkah dengan hartanah ketika bekerja sebelum keluar meletakkan kedua-dua kaki ke dalam bidang bisnes. Saya pun begitu. Dan lagi seorang rakan saya, pengasas bersama syarikat kereta sewa ini pun begitu.

    Shahril-Sidek
    Shahril Sidek dan KLezcar. (Kredit: Shahril Sidek)

    Bagi sesetengah orang, hartanah membuka minda menjadi lebih terbuka dan berani menceburi bidang bisnes.

    Bidang bisnes menuntut masa, disiplin dan learning curve yang tinggi – ini adalah satu fakta, dan saya menghargainya. Tetapi ada yang mahu jalan lebih selamat dengan membina pendapatan pasif terlebih dahulu di belakang, sebelum terjun dengan penuh semangat ke dalam dunia bisnes.

    Raikan perbezaan!

  5. Hartanah Beku

    Di Malaysia dianggarkan terdapat lebih 1 juta kes pusaka yang bernilai lebih RM52 bilion belum diselesaikan. 20 kali ganda daripada apa yang kita bisingkan terhadap Perdana Menteri negara kita.

    tanah-fizal
    Tanah dan Orang Melayu Tidak Dapat Dipisahkan. (Kredit: Hafizal Ahlan)

    Kita selalu suka marah orang lain, tetapi kenapa kita tidak marah diri sendiri. RM52 bilion adalah satu jumlah yang sangat besar. Terlalu banyak perubahan yang boleh dibuat dengan wang sebanyak itu.

    Ini adalah satu MALANG yang besar, kerana nenek moyang kita kaya tetapi kita tidak pula mewarisinya. Nenek moyang kaya oleh kerana harta pusaka terutamanya tanah. Sudahlah kita tidak mewarisinya, mengapa pula harus berhenti memiliki hartanah baru.

    Rumah, hartanah, tanah dan lain-lain akan selalu berharga kerana ia akan sentiasa memberi nilai kepada orang ramai. Ia adalah cara menyimpan duit atau harta yang kalis inflasi. Apabila kita memilikinya kelak, jangan lupa mewariskannya dengan betul kepada anak-anak kita kelak. Jangan mereka pun hanya mampu melihat harta beku kita tidak turun kepada mereka.

  6. Kata-kata Orang Muda

    Saya suka memandang dari sudut makro.

    Seorang pelabur muda berusia 24 tahun bernama Harith Faisal, menulisnya dari sudut mikro.

    harith-1
    Snapshot dengan izin Harith Faisal.
    harith-2
    Snapshot dengan izin Harith Faisal.
  7. Orang Bisnes Hebat Berbisnes, Orang Melabur Hebat Melabur

    Hakikatnya, kita memerlukan lebih banyak orang kaya dalam negara kita.

    tim-vocket
    Bersama tim Vocket. (Kredit: Izmin Johan)

    Orang kaya yang mampu beli tanah berjuta-juta ringgit apabila ada makcik mahu balik kampung dan jual tanah seperti di Pulau Meranti.

    Orang kaya yang mampu beli dan bayar pampasan kepada semua pewaris apabila ada hartanah beku. (Memang susah, pasal itulah hanya orang kaya sahaja boleh buat).

    Orang kaya hartanah, orang kaya bisnes, orang kaya fesyen, orang kaya saham, orang kaya enterprise, orang kaya bersyarikat.

    Raikan perbezaan!

    Tapi jangan pandang orang kaya sebagai orang lain. Pandang diri kita yang (boleh) menjadi orang kaya.

    Berbisnes atau melabur, caranya pilih sendiri. Tiada satu cara sampai ke destinasi, tapi harus saling hormat-menghormati.

  8. Perlukah Beli Rumah Sekarang?

    beli-kedai
    Anak muda pun boleh beli hartanah komersil kalau mahu. (Kredit: Dr Waqi)

    Ini jawapan yang saya tidak mahu bagi jawapan, anda (pembaca) jawab sendiri. Kerana duit, loan, masa itu anda punya sendiri. Bagaimana anda memandang rumah itu murah atau mahal pun, itu anda punya sendiri.

    Ada sifu kata tunggu harga rumah jatuh hujung tahun 2016. Ada sifu kata beli sekarang kerana 2016 akan terlalu banyak player. Ada sifu kata jangan beli rumah semasa ekonomi sedang meleset. Ada sifu kata, masa ekonomi melesetlah harga rumah rumah. Dan ada sifu kata jangan beli rumah langsung.

    5 orang sifu dengan 5 pendapat. Tetapi 'Abang P' beli rumah berbelas-belas, tanpa hirau kata sifu. Kenapa?

    Kerana hanya dia sahaja yang faham 'game' dia sendiri. Dengan ilmu, off course.

Nurulwahida Othman bermula dengan bekerja dan melabur hartanah sebelum berhenti kerja dari sebuah syarikat 'Oil and Gas' antarabangsa pada tahun lepas. Sekarang beliau merupakan salah seorang editor dan co-founder The Vocket. Kini sudah kurang melabur, menumpukan lebih perhatian buat The Vocket. Peace.

Pelajari bagaimana Bella Ammara bermula dari 9 pasang telekung sehingga mencapai tahap sekarang melalui The Founder 2.0. Buat tempahan di sini.

BACA: Bagaimana Lelaki Ini Membina Perniagaan Daripada 9 Telekung Hingga Ke-5 Cawangan Butik

BACA: Bella Ammara Menembusi Pasaran Antarabangsa Dengan Haute Bella No. 1

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram