Bagaimana lagi cara terbaik untuk ‘troll’ peminat Samsung dengan memakai case ‘Samsung’ khas buat Apple iPhone anda.UNIQFIND selaku syarikat yang mengeluarkan case tidak menunggu lama untuk mengambil peluang berdasarkan situasi yang menimpa Samsung.

Menggunakan konsep effect letupan pada Note 7, sebuah case dihasilkan khas buat Apple iPhone. Barangkali Apple iPhone dipilih berdasarkan bilangan pengguna yang lebih tertarik untuk ‘troll’ peminat Samsung berbanding jenama yang lain.

uniqfind-exploded-samsung-galaxy-note-7-iphone-case-2

uniqfind-exploded-samsung-galaxy-note-7-iphone-case-1

Penggunaan 3M Controltac technology bukan sahaja menjadikan case ini lengkap secara visual sahaja, malah dapat memberikan ketahanan dan kualiti yang baik buat iPhone anda. Melihat daripada pandangan awal, boleh kami katakan case yang dihasilkan UNIQFIND sangat mirip dengan gambar letupan Note 7 pada bulan lepas.

Layari laman UNIQFIND untuk mendapatkan case ini dengan harga $24.99 (~RM104.58). Nilai yang mahal untuk sebuah case dan juga sebagai bahan ‘troll’.

Sumber