Ini kisah susulan dari artikel Bagaimana Cikgu Ini Ubah Mentaliti Pelajar MRSM Terhadap Matematik Tambahan. Kali ini ia daripada kaca mata anak Cikgu Nora sendiri, iaitu Omar Shukri Mohd Yunus.

Rindunya nak dengar mak cerita-cerita tentang hal-hal di sekolah lagi. Selalu kalau petang-petang, masa telefon, masa makan, masa nak tidur, masa dalam kereta, masa masak, mak suka bercerita tentang strategi-strategi dia untuk bagi students cemerlang dalam subjek Math dan Add Math. Omar pula jenis yang suka mendengar hehee.

Bagi mak, homework tak perlu kalau untuk subjek Add math dan Math. Memadai hanya buat latihan di kelas. Sebab mak selalu cakap, students dia mesti nak baca buku subjek lain kalau masa weekend, contohnya Biology, Chemistry, Physics, Sejarah dan lain-lain. Cuma kena make sure, kelas Add Math diperuntukkan TIGA masa!

Kalau buat latihan dalam kelas, contohnya masa kuiz, memang tak boleh meniru dan ada time limit. Mak cakap, barulah students akan lebih bersedia time exam nanti. Tapi kalau mak ada hal time tu, dan terpaksa bqgi quiz without her supervision, mak akan cakap kat student dia yang Allah sentiasa nampak setiap perbuatan kita. Mak nak ajar students mak untuk jadi seorang yang amanah.

Mak sangat pentingkan quiz by subtopic dalam kelas sebab bagi mak, kuiz adalah salah satu mechanism untuk seorang cikgu tahu sama ada students dia faham atau tak subtopik tu. Mak cakap, kalau tak buat kuiz, cikgu-cikgu akan syok sendiri, ingat student dah faham, rupanya tak faham pun.

Mak akan make sure, mak sendiri yang tanda kuiz tu dan bukan student yang tanda. Mak cakap memanglah letih nak tanda sebab banyak, tapi tu adalah cara nak kenal student kita dan supaya students happy dan bersemangat untuk belajar bila cikgu sendiri yang tanda kuiz mereka.

Biasanya kalau student buat kesilapan, mak tak suka tulis ‘wrong answer’. Mak biasanya akan tulis ‘Focus!’. Sebab mak cakap, dia nak doakan student dia untuk sentiasa fokus. Bagi dia, setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang cikgu adalah doa kepada student dia.

Markah kuiz yang dicatat dalam fail pelajar pun mesti ada color coding, maksudnya ditanda dengan empat jenis warna pen: hitam, biru, hijau, merah. Semuanya berdasarkan percentage. Kalau siapa yang dapat merah, jawabnya kena ‘pinch’.

Tapi mak selalu cakap, mak pinch sebab mak sayang dan mak percaya yang student mak bijak dan mampu untuk dapat markah yang lebih tinggi. Mak selalu cakap, parents hantar anak-anak dia ke sekolah ni mesti dengan harapan yang tinggi.

Jadi mesti kena push potensi setiap student supaya semua percaya yang mereka boleh berjaya. Dan semuanya kena start dari form 4 lagi, supaya by the time students mak dah masuk form 5, mereka akan rasa lebih confident dan bersemangat untuk berhadapan dengan chapters baru.

Kalau siapa yang pernah belajar dengan mak sekitar tahun selepas 2008, mesti tahu pasal ‘My Add Math Notes’. Sebenarnya nota tu dah lama mak buat cuma tak complete sepenuhnya. Apabila Omar masuk form 4 (tahun 2008), Omar beritahu mak yang notes mak tu membantu untuk faham Add Maths.

Jadi mak pun lengkapkan notes tu dengan pertolongan dari beberapa lagi cikgu matematik lain (Cikgu Omai dan Cikgu Raja Anita) untuk Omar dan students dia di MRSM Pasir Salak pada ketika itu. Dan alhamdulillah, keputusan peperiksaan SPM untuk subjek Add Math ada peningkatan.

Dan peningkatan tu bukan sahaja di MRSM Pasir Salak, tapi di MRSM Kepala Batas juga. (Insyaallah di MRSM Kota Putra juga nanti. Amin.) Tapi mak selalu pesan, apa-apa pun, macam mana kita usaha sekalipun, semuanya datang dari Allah. Yang paling penting adalah doa doa doa.

Mak sangat percaya yang Add Maths perlu difahami dan bukan sahaja dengan membuat latihan tanpa arah tuju. Sebab tu mak suka konsep mind map dalam ‘My Add Math Notes’.

Mak cakap, mak nak students dia boleh nampak Add Math from bird’s eye view. Boleh nampak dan faham apa yang chapter tu consists of. Jadi bila dah faham, senanglah untuk buat soalan-soalan latihan.

Bercakap pasal teknik menjawab soalan, mak selalu cakap exam ni macam perang. So, kita mesti ada strategi yang kukuh. Kalau nak jawab soalan kertas 2, mesti jawab bahagian C dulu, sebab soalan tu banyak markah dan tak susah.

Mak tak nak student dia jawab soalan lain dulu sebab nanti bila dah sampai bahagian C, dah penat dan tak cukup masa. Jadi rugi banyak markah kat situ. Jadi sebab tu lah kena jawab soalan yang senang dan banyak markah dulu.

Dan biasanya, untuk student yang perlukan tunjuk ajar yang lebih, mesti kena ada intervention slot. Masa inilah pentingnya markah-markah kuiz dan markah-markah exam. Based on markah itulah kita boleh group kan student supaya yang perlukan extra teaching akan dapat extra teaching tersebut.

Mak suka panggil student dia ‘anak-anak’. Bagi dia, panggilan anak-anak dapat beri rasa kekeluargaan dalam kelas. Students pun dapat rasakan mak sebagai seorang ibu. Jadi kalau mak marah student, student akan tahu yang mak marah sebab mak sayang kat student tu dan bukan sebab benci. Dan mak sentiasa maafkan student dia. Sebab bagi mak, tak patut seorang cikgu ada perasaan tak suka atau fed up dengan student dia sendiri.

Gambar: Facebook Last Man Standing
Gambar: Facebook Last Man Standing

Dan satu lagi prinsip yang mak pegang, kalau nak marah students sebab dapat markah rendah, make sure that you make yourself available when the students need you! Sebab tu mak (dan saya pasti ramai cikgu-cikgu di luar sana pun sama) sanggup untuk stay dekat bilik guru sampai luar waktu sekolah semata-mata nak ajar students yang tanya soalan tanpa dibayar gaji. And it is very fulfilling!

Mak adalah orang yang paling lama berdoa kalau dalam rumah kami. Dia sentiasa doakan students dia agar jadi insan berguna. Dan yang paling penting berjaya di dunia dan di akhirat.

Jadi inilah sedikit sebanyak perkara yang I’m gonna miss the most. Entah kenapa memang Omar jenis suka dengar orang bercerita. Cuma nanti terfikirlah juga nak dengar siapa pula lepas ni. Nanti ayah lah pula kena cerita banyak-banyak.

Insyaallah semoga Allah beri ketenangan kepada mak di sana dan semoga Allah memberi kekuatan kepada Omar sekeluarga, saudara mara, students, dan semua yang mengenali mak. Mohon semua doakan mak bahagia di sana. Amin.

P/s: mak juga selalu cerita tentang cikgu-cikgu lain yang bekerja bersama mak. Merekalah yang turut sama memberi inspirasi dan kesungguhan kepada mak untuk terus berkhidmat dengan lebih baik.