Saya pernah menulis tentang bagaimana kawan Cina saya dapat mengumpulkan modal RM100 ribu untuk berniaga secara serius.

Bagaimana pula untuk mereka yang hanya mampu mengumpul modal RM10 ribu?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebenarnya, bagi kawan-kawan Cina saya, tidak banyak bisnes yang boleh dimulakan dengan modal RM10 ribu.

Akan tetapi, simpanan peribadi RM10 ribu -20 ribu amatlah biasa kerana mereka sentiasa berjaga-jaga untuk survive jika berlakunya musim kemarau atau tiba-tiba berlakunya apa-apa kejadian yang di luar jangkaan seperti ibu-bapa jatuh sakit, anak masuk kolej dan sebagainya.

Atau kadang-kala duit simpanan perlu digunakan untuk benda yang lebih penting seperti kahwin, beli rumah.

Maka, mereka tidak akan suka hati meletakkan duit mereka di tempat berisiko atau belanja sewenang-wenangnya. Selebih daripada simpanan akan digunakan untuk melabur dalam bisnes.

Jika kawan kawan Cina saya nak memulakan bisnes dengan modal RM10 ribu, mereka akan lihat apa jenis bisnes yang boleh memberi pulangan RM2 ribu – 3 ribu setiap bulan.

Contoh, menjaja, berniaga pasar pagi atau pasar malam. Bila mereka mula berniaga, mereka akan kerja secara full time dan pastikan jualan menjaja tu cukup banyak dan habis setiap hari.

Contoh, seorang kawan saya yang berniaga nasi ayam, jual dari makan tengahari hingga makan malam, dari Isnin hingga Ahad. Dia kena target sehari jual 20 ekor ayam, 50 pinggan nasi ayam dan itu akan memberinya RM200 sehari. Kalau sebulan RM6000.

Tolak kos semua, adalah untung RM3000 dan dapat sara sekeluarga. Dan untuk buka gerai nasi ayam, gerai hanya RM3-4 ribu, dan sewa tu pun agak murah.

Kalau berniaga pasar pagi atau pasar malam, itu pun senang. Mereka akan survey pasar mana yang ramai orang dan apa produk yang mungkin laku. Sama juga menjaja, mereka akan lihat apa makanan yang akan laku dahulu dan belajar untuk memasak.

Bulan pertama, mungkin jualan tak banyak tapi kalau janji cukup sedap, orang akan datang balik dan bawa kawan mereka pula. Dengan modal RM10 ribu, mereka dapat bertahan sekurang-kurangnya 3-4 bulan jika jualan tak baik.

Bagi kaum Cina, mereka tidak asyik-asyik fikir nak buat produk sendiri, jenama sendiri. Tidak macam segelintir pelajar yang pernah saya jumpa, tiada modal untuk berniaga dan tiada ilmu pemasaran tetapi nak buat produk jenama sendiri.

Kaum Cina sentiasa fokus pada keuntungan dahulu dan berapa banyak mereka boleh jual dengan stabil. Dari situ, selepas ada modal yang cukup banyak (RM200 ribu – 300 ribu) baru mereka akan melabur untuk buat jenama sendiri.

Anda suka Siri Tips Berniaga saya? Boleh add friend saya di profail nombor 3 saya yang masih ada banyak ruang lagi.

Semoga anda belajar sesuatu dan berjaya.