Riza Aziz, co-founder untuk syarikat Red Granite Pictures telah menjawab tuduhan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengenai salah guna dana 1MDB.

Menurut MalaysiaKini, Riza mendakwa wang dana 1MDB bernilai USD94 juta dalam akaun (di mana Riza mempunyai akses) adalah ‘hadiah’ daripada syarikat Aabar BVI. Riza mendakwa jumlah dana tersebut adalah dari Aabar BVI dan jumlah itu termasuk dalam laporan cukainya pada tahun 2012.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, Aabar BVI adalah sebuah syarikat yang didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama – menerima USD1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.

Daripada jumlah itu USD238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura. Sebahagian wang itu kemudiannya digunakan Riza untuk membeli tiga hartanah di New York City, Beverly Hills dan London.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat turut menyebut dana 1MDB bernilai USD64 juta turut dilaburkan untuk filem ‘The Wolf Of Wall Street’ di mana pihak Red Granite menepis perkara itu.

Anda boleh baca kisah perjalanan wang Aaabar BVI ke akaun Red Granite di sini. Hebat Riza Aziz ini hingga boleh dapat dana yang besar dari Aabar BVI atas dasar ‘pemindahan tanpa sebab dibuat dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat antara mereka’.

Sumber