Sedikit koleksi gambar restoration Yamaha XS650 saya. Ia keluaran tahun 1971 bersamaan 45 tahun yang lepas.

Motor ini satu daripada dua yang telah didaftarkan di Malaysia. Pada ketika itu, motor yang lagi satu dimiliki oleh Raja Petra Kamarudin (Malaysia Today).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gambar-gambar ini mewakili truncated version of the timeline – dari masa mula projek start, proses di tengah-tengah dan towards the end.

In between itu, jangan tanya. Tak berbaloi share gambar besi buruk banyak-banyak dalam FB. Kihkih.

Motosikal ini ambil masa setahun untuk rebuild. Kiranya tak lama lah juga dan selepas itu pula perlu lalui Puspakom inspection untuk proses ‘pewujudan semula’ dalam sistem JPJ. Proses ini mengambil masa lebih kurang 7 bulan.

Ini kerana motor itu sudah tak wujud dalam rekod JPJ kerana akhir sekali renew roadtax pada tahun 1985 bersamaan 31 tahun yang lalu. Saya pun belum reti naik basikal roda tiga lagi masa tu.

As usual, mula-mula idea nak restore motosikal ini apabila baca history Yamaha dalam encyclopedia. Rasa cool macam hipster lah konon.

Fuh.. mesti cool gila bawa motor ni dengan leather jacket, jeans dan steel- toe boots.

Apabila bawa keluar dari bangsal rumah arwah atuk, macam nak muntah pula berhadapan dengan realiti. Memang langsung tak ada persamaan, walau bau-bau bacang-dengan gambar dalam encyclopedia.

Restoration ni ramai yang involve membantu. Buat sorang boleh kot– tapi 6 atau 7 tahun baru boleh siap. Itu pun kalau siap lah.

Tambahan pula, masa tu saya sedang part time buat master. Berterabur juga masa tu dengan kerja, family, belajar, tiba-tiba menambahkan masalah hidup dengan besi buruk ni.

Tapi finally apabila dah dengar bunyi, motor tu “pom, pom kuat sangat”, rasa puasnya tak dapat digambarkan. Dapat juga preserve part of Malaysian motoring history.

Ada short caption saya letak untuk describe each gambar yang berikutnya.

1. Dari dalam bangsal

Pada tayar dan rim di dalam bangsal ini tertera ‘Made In Malaya’. Masa ni buat “site survey” dulu locate barang-barang bersama sepupu saya.

Standby nak lari je masa suluh-suluh barang ni pasal kadang-kadang biawak muncul sebab ini port ia lepak tanpa gangguan (bangsal di tepi parit besar).

2. Realiti

Yamaha XS650_4

Besi-besi diselaputi tanah ketika ditemui. Masa inilah saya baru kenal apa itu serangga dipanggil gegat kerana banyak terjumpa mereka semasa bawa keluar barang-barang ini. Melompat comel ke sini dan ke sana depan muka saya. Cis.

3. Bawa keluar semuanya dari bangsal

Yamaha XS650_15

Operasi mengeluarkan barang-barang dari bangsal bermula pukul 7.30 pagi bersama sepupu saya (nampak kain je di kanan gambar, dia pun malu-malu orangnya).

4. Inventory record

Yamaha XS650_3

Inilah keadaannya selepas dibawa keluar. Disusun untuk tujuan inventory record. Senang nanti, apa-apa hal boleh refer gambar barang yang ada dan tak ada.

Ini sangat penting untuk restoration motosikal yang telah di’barai’kan. Buku parts catalogue juga saya dah siap-siap sediakan untuk refer explosion view barang-barang ini. Dah le motor sebiji je kat Malaysia, memang confirm tak ada reference lain.

Juga dibersihkan satu-satu dan diminyakkan (pre cleaning la kira) untuk bawa masuk naik kereta. Lagipun, takut juga sang gegat atau lipan dapat tiket free migrate dari Muar ke Terengganu naik kereta saya.

5. Bawa balik semuanya

Yamaha XS650_14

Perpindahan bermula dari Muar ke Terengganu. Bukti motosikal boleh dibawa dengan nissan xtrail. Dah macam lori Kasim Baba. Sampai-sampai Terengganu, wheel bearing belakang terus berbunyi.

6. Proses “Restoration” 

Yamaha XS650_5

Ini masa dah bawa balik ke rumah. Bersihkan skru-skru, barang-barang getah dan lain-lain yang masih boleh dipakai. Philosophy reuse barang yang masih baik. Berpinar mata duduk tengok barang-barang ni. Ia ambil masa yang lama nak dibersihkan.

Yamaha XS650_6

Ini semasa part alloy start untuk dikilatkan. Manakala barang besinya di’chrome’kan. Pomen yang bajet bergaya atau hipster dengan rokok terjuntai di tepi bibir.

Yamaha XS650_7

Orang yang sentiasa terbabit sama sebagai ahli konspirasi ialah bapa saya. Kami sama-sama tahan telinga akibat mak saya berleter berkenaan kes motosikal-motosikal buruk kami. Dalam gambar ini bapa saya sedang gosok ‘inner tube’ fork.

Yamaha XS650_8

Ini pula ialah adik saya. Adik saya tersilap langkah apabila pergi bercuti ke rumah saya tapi di’ragging’ oleh kami untuk cat balik semua skru yang telah dibersihkan.

Yamaha XS650_9

Ini ialah roda dan tayar belakang di mana rim menggunakan rim asal, dengan spoke stainless steel baru. Tayar belakang lebih mudah kerana sesuai dengan ukuran moden. Gambar diambil sebelum saya karate papan kerana terdiscover yang dah salah beli sproket. Makanya, kena pergi ke KL semula.

Yamaha XS650_10

Dah ada rupa motosikal sikit. At least ada handlebar dengan lampu lah.

Yamaha XS650_11

Selepas siap cat. Tone hijau yang betul masih lagi misteri kerana langsung tak ada reference. Gambar internet pun susah nak kata mana yang betul. It’s complicated.

7. Inspection

Yamaha XS650_17

Beberapa malam sebelum hari inspection Puspakom. Project indicator termasuk berapa tin kopi tarik yang habis untuk melalui malam-malam tersebut, sampai overdose. Kadang-kadang tukar selera, minum Old Town.

Yamaha XS650_16

Hari inspection tiba. Sebenarnya, motor hanya siap pada jam 4 pagi sebelumnya. Nak test ride pun memang tak sempat. Sekali inspector tu nak test ride, bawa jauh pula tu. Kami hanya mampu sama-sama mendoakan perjalanan beliau selamat pergi dan balik. Nervous betul.

8. Selesai sudah

Yamaha XS650_12

Keadaan sekarang. Sudah digunakan. Ada lah sikit-sikit lagi nak buat. Memang saya sentiasa pakai boots bila menunggang kerana tidak ada electric starter. Tendang aja, style 60-an. Sesekali tu dia pun ada tendang kita juga. Cis.

Motosikal ini direstore kepada original spec kerana saya ingin rupa dan tunggangan motosikal ini berkeadaan seperti ia mula-mula keluar pada tahun 1969 dulu.

Ternyata begitu entah apa-apa teknologi zaman tu kalau dibandingkan dengan motosikal moden.

Setiap perjalanan perlu ada pre and after ride inspection bagi memastikan tidak ada skru yang tercicir akibat gegaran.

Juga pastikan badan sentiasa fit untuk melayan sesekali motosikal ini susah nak hidup. 20 kali tendang. Kalau setting api tak betullah. Kalau betul, ok aje.